Hari Tanpa Tembakau Sedunia May31

Kongsi

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Hari ini merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Mei. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC). Setiap tahun, Hari Tanpa Tembakau Sedunia diadakan untuk menyedarkan orang ramai tentang keburukan merokok.

Katakan TIDAK pada rokok!

Pada saya, seeloknya, hari-hari diadakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Seperti yang diketahui semua, betapa bahayanya rokok samada secara aktif atau pasif. Perokok-perokok seronok membunuh orang lain dengan menyebarkan asap dan menjadikan orang lain sebagai perokok sekunder. Saya ingat lagi, pernah ada slogan dalam satu iklan, ‘Anda Membunuh Anak dan Isteri Anda?’. Ini membayangkan betapa bahayanya asap rokok tersebut. WHO sendiri telah mengeluarkan fakta-fakta tentang bahaya merokok secara pasif. Asap rokok telah dikelaskan sebagai bahan kanser kumpulan A pada manusia yakni kumpulan yang paling bahaya. Kesan jangka pendeknya seperti masalah bau, kerengsaan pada mata, hidung dan kerongkong, pening kepala serta batuk. Mereka yang terdedah kepada asap rokok secara pasif untuk satu jangka masa lama akan mengalami gangguan pada paru-parunya.

NASC 2015

Begitu banyak kajian dibuat pasal bahaya rokok. Tetapi perokok masih tegar menghisapnya. Menurut kajian, otak sedar seorang perokok akan kata rokok itu tidak sedap, tetapi disebabkan ketagihan, mereka rela asap diisi ke dalam paru-paru mereka berbanding menyedut oksigen.

Baca lebih lanjut pasal rokok di entri Rokok. Marilah kita sama-sama menghindari rokok dan perokok. Rokok membunuh, perokok pembunuh.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini