Health & Fitness Carnival 2012 Subang Avenue

Jom sertai Health & Fitness Carnival bertempat di Subang Avenue, bersebelahan dengan Carefour Subang, berdekatan dengan Subang Parade, 21 hingga 23 September 2012 bermula jam 12 hingga 7 petang. Goodie Bag bernilai rm300 untuk 300 pengunjung pertama, PERCUMA.

Selain itu, anda boleh sertai senaman dan kelas di BodyExpress Fitness Centre Subang Avenue secara percuma. Antara kelas menarik termasuk SpartanZ, TWOD-DTP, Capoeira, Freestyle, Tabata. Bawa pakaian senaman anda. Boleh rujuk jadual kelas di http://www.bodyexpress.com.my/Bodyexpress/studio/carnival.php .Semuanya PERCUMA. Selain ini, terdapat juga booth peralatan sukan, pakaian, makanan tambahan dan sebagainya dengan harga murah. Booth ZK betul-betul berhadapan dengan pintu masuk BodyExpress Fitness Center. Jumpa anda di sana!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Health & Fitness Carnival 2012 Subang Avenue

  1. Insya’allah….jika sempat mggu ni saya akan ke sana….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: