Hernia Apr23

Kongsi

Hernia

Hernia selalu dikaitkan dengan mereka yang bersenam. Apa sebenarnya hernia? Hernia atau dalam bahasa latinnya herniae membawa maksud penonjolon keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Hernia mungkin asimptomatik iaitu tidak menghasilkan simptom atau mungkin menyebabkan kesakitan yang sedikit atau teruk. Hampir semua mempunyai risiko bekalan darah terputus. Apabila kandungan hernia terkeluar, bukaan itu memberi tekanan kepada salur darah di hernia.

Terdapat beberapa jenis hernia;

Kursus Kecergasan 2017Inguinal (pangkal peha): Hernia yang sering berlaku. Ia 25 kali lebih kerap di kalangan lelaki berbanding wanita. Hernia jenis ini terbahagi kepada dua iaitu secara langsung dan tidak langsung. Kedua-dua berlaku di kawasan panggal peha atau groin dalam bahasa sainsnya. Hernia inguinal secara tidak langsung turun ke skrotum atau kantung telur dalam bahasa pasarnya. Kantung hernia menonjol ke dalam skrotum, menyebabkan telur langdut atau angin pasang. Hernia inguinal langsung pula berlaku lebih dalam. Ia jaang menonjol ke skrotum. Hernia inguinal secara tidak langsung boleh berlaku pada sebarang usia akan tetapi hernia inguinal langsung berlaku pada pertengahan usia dan warga tua kerana dinding abdomen yang lemah. Kebanyakan kes yang melibatkan mereka yang bersenam di gim adalah disebabkan bahagian abdomen yang lemah.

Chapter 436.3

Femoral: Saluran femoral adalah jalan di mana ateri femoral, urat dan saraf meninggal ruang abdomen untuk memasuki peha. Kebiasaanya ruang ini cukup sempit akan tetapi ia menjadi cukup besar sehingga kandungan perut, kebiasaanya usus boleh menonjol. Hernia femoral berlaku di bawah kawasan lipatan inguinal, kira-kira kawasan pertengahan peha. Ia biasa berlaku di kalangan wanita. Hernia femoral biasanya tidak dapat dikembalikan ke tempat asal.

Umbilical: Hernia jenis ini biasa dilihat pada bahagian pusat dan dilihat ketika lahir lagi. Ia disebabkan pembukaan di dinding perut yang menutup sebelum kelahiran. Jika ianya kecil, kuang daripada setengah inci, ia akan beransur tutup dalam jangka 2 tahun kelahiran. Hernia umbilical yang lebih besar memerlukan pembedahan pada usia 2 hingga 4 tahun. Walaupun kawasan ini ditutup, ianya boleh timbul kembali di kemudian hari jika bahagian abdomen lemah. Hernia pusat ini juga boleh muncul di kalanga wanita hamil atau yang melahirkan anak berikutan tekanan yang timbul di kawasan perut.

Chapter 436.4

Incisional: Pembedahan di bahagian perut boleh menyebabkan kecacatan di dalam abdomen. Kecacatan ini boleh menyebabkan lemah pada bahagian tertentu. Ia berlaku dalam 2 hingga 10 peratus kes pembedahan perut.

Spigelian: Hernia jenis ini jarang berlaku. Ia berlaku di sepanjang tepi otot rectus abdominis melalui fascia spigelian.

Obturator: Hernia obturator atau hernia tutup jarang berlaku. Ia banyak berlaku pada wanita. Ia menonjol dari rongga pelvis melalui bukaan di tulang pelvis. Ia tidak akan menunjukkan apa-apa bonjolan tetapi boleh bertindak sebagai halangan usus lalu menyebabkan loya dan muntah-muntah. Hernia jenis ini tidak dapat dilihat dan menyebabkan sukar didiagnos.

Epigastric: Berlaku antara pusat dan bahagian bawah tulang rusuk di garis tengah abdomen. Hernia jenis ini biasanya terdiri daripada tisu lemak dan mungkin juga usus. Hernia jenis ini menyakitkan dan tidak dapat ditolak kembali apabila kena pertama kali.

Slip Disc: Disebabkan maksud yang hampir serupa, ada juga yang memasukkan kategori disk tergelincir dalam kategori hernia. Ia disebabkan tekanan pada bahagian pinggang dan abdomen yang lemah. Kes ini dirujuk sebagai kes spinal.

Kenapa?

Hernia secara amnya terjadi disebabkan kelemahan pada abdomen. Situasi berikut menambah lagi risiko;

• Obesiti
• Angkat berat, menambah tekanan pada abdomen
• Batuk
• Tekanan ketika buang air besar atau air kecil
• Masalah paru-paru yang kronik
• Air di bahagian ruangan abdomen
• Sejarah keluarga

Tanda-tanda?

Hernia mungkin menyakitkan, mungkin juga tidak. Ia juga mungkin dapat dilihat, mungkin juga tidak. Saiznya mungkin bertambah ketika berdiri atau ketika tekanan meningkat. Ia juga mungkin berkurang apabila ditolak kembali ke perut.

Rawatan?

Boleh kata semua jenis hernia perlu dibetulkan kecuali ada keadaan yang menyebabkan pembedahan tidak selamat dilakukan. Jika anda dapati hernia timbul, elakkan aktiviti yang meningkatkan tekanan seperti latihan bebanan. Dapatkan bantuan perubatan dahulu sebelum ianya menjadi semakin teruk. Jika bukaan hernia menjadi sangat teruk, ia akan jadi sangat sukar untuk diperbaik. Dalam kebanyakan kes, rawatannya melibatkan pembedahan akan tetapi terdapat juga kes yang tidak perlukan pembedahan. Jika hernia menutup salur darah, ia perlukan rawatan kecemasan.

Langkah pertama jika berlaku hernia, cuba tolak kembali hernia tersebut dengan lembut. Ia biasa boleh dimasukkan kembali ke dinding otot dengan mengenakan sedikit tekanan. Kes-kes hernia akan dirujuk pada pakar pediatrik. Dapatkan konsultasi doktor untuk pilihan-pilihan rawatan dan risikonya.

Chapter 436.2

Rujukan

Itani K.M., R. Fitzgibbons Jr., S.S. Awad, Q.Y. Duh, and G.S. Ferzli. “Management of Recurrent Inguinal Hernias.” Journal of the American College of Surgeons.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube