Hipertrofi Dec21

Kongsi

Hipertrofi

Selalu dengar perkataan hipertrofi, tetapi apakah itu? Hipertrofi adalah pembesaran saiz otot terutamanya pada serat otot. Berbeza dengan hiperplasia iaitu peningkatan dalam bilangan gentian.

NASC 2015

Setiap kumpulan otot, sebagai contoh bisep dibuat daripada sekumpulan gentian otot atau dalam bahasa lain, sekumpulan serat otot. Daripada 1 serat otot, dipecahkan lagi kepada myofibril. Myofibril dipecahkan lagi kepada actin dan myosin. Pecahan terkecil adalah sel. Pergerakan otot adalah melalui teori gelincir actin myosin (actin myosin sliding theory). Daripada teori ini, dapat ditunjukkan kepentingan kalsium dan lain-lain dalam pergerakan. Saya akan cerita dalam entri akan datang.

Menurut prinsip hipertrofi, otot menjadi lebih besar berikutan rutin latihan kekuatan. Sebahagian menjadi lebih besar atau tebal. Satu atau lebih penyesuaian berikut menyebabkan peningkatan dalam saiz gentian:

– Peningkatan dalam jumlah protein pengikat (actin dan myosin)
– Peningkatan dalam bilangan dan saiz myofibrils setiap gentian otot
– Peningkatan dalam jumlah tisu pengantara
– Peningkatan enzim dan nutrien yang tersimpan

Peningkatan jangka panjang dalam saiz otot disebut sebagai hipertrofi kronik atau kematangan otot. Hipertrofi jangka pendek merujuk kepada pump atau ketegangan yang berlaku semasa latihan rintangan yang mana kebiasaannya akan kecut semula mungkin selepas mandi, 2 atau 3 jam selepasnya, atau mungkin sehari atau lebih yang mana rata-rata rasa seolah-olah kecut semula. Ini adalah sebahagian besar disebabkan oleh peningkatan penyerapan cecair dalam ruangan interstital dan intraselular otot dan dikenali sebagai edema. Jadi jangan merasa kecewa kerana kembang sekejap dan kembali pada tahap asal kerana hipertrofi sebenar belum berlaku.

Peningkatan dalam saiz gentian individu dirangsang oleh peningkatan dalam sintesis protein otot. Semasa latihan berintensiti tinggi, sintesis protein akan berkurang dan meningkat selepas tamat latihan atau dalam tempoh pemulihan. Disebabkan sintesis protein mengurang semasa latihan, adalah amat tidak digalakkan untuk latih berlebihan. Antara indikator senang, badan berbau semacam, menunjukkan protein sudah mula dibakar sebagai sumber tenaga. Mengambil tambahan karbohidrat dan protein selepas sesi latihan rintangan terbukti untuk mengurangkan kadar degradasi protein.

Menurutkan kajian juga, otot essentrik yang terlibat mengalami pertumbuhan yang lebih berbanding otot konsentrik. Sebagai contoh, bila buat biceps curl, apabila bar dinaikkan itu dipanggil konsentrik dan diturunkan dipanggil essentrik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini