Homeostasis
Apa itu hemeostasis? Macam pelik sahaja bunyinya. Hemeostasis adalah pelbagai interaksi kompleks untuk mengekalkan keseimbangan badan untuk berfungsi dengan normal. Proses ini adalah penting untuk kekal hidup. Hati, buah pinggang dan otak melalui hipotalamus, sistem saraf autonomik dan sistem endokrin membantu mengekalkan homeostasis.Hati bertanggungjawab untuk menyahtoksikkan bahan-bahan toksik dan metabolisme karbohidrat. Buah pinggang bertanggungjawab untuk mengawal paras air dalam darah, penyerapan semula bahan-bahan ke dalam darah, mengawal tahap garam dan ion dalam darah, mengawal pH darah dan menentukan bahan buangan.
Ketidakupayaan untuk mengekalkan homeostasis membawa kepada kematian atau penyakit. Keadaan ini juga dikenali sebagai ketidakseimbangan homeostatik. Pernah dengar maklum balas negatif dan positif? Penyakit yang disebabkan ketidakseimbanan homeostatik termasuk kencing manis, dehidrasi, hipoglisemia, hiperglisemia, gout dan lain-lain yang disebabkan kehadiran toksin dalam darah.
Antara homeostasis termasuk:
1. Suhu
Badan akan cuba mengekalkan suhunya sebaik yang mungkin walaupun berlaku berubahan suhu di sekeliling. Ia cuba menyesuaikan diri sehingga tahap yang mampu dilakukannya. Suhu terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan kematian.
2. Besi
Besi adalah satu elemen yang penting bagi manusia. Dalam masa yang sama, besi terlalu tinggi boleh menjadi toksik. Besi adalah penting untuk sel darah merah. Kekurangan zat besi adalah punca anemia. Apabila tahap besi terlalu rendah, hepcidin dalam epitelium duodenum akan menurun. Ini menyebabkan peningkatan dalam aktiviti ferroportin, merangsang pengambilan besi dalam sistem pencernaan. Kekurangan zat besi menyebabkan unsur protein (IRE-BP) yang mengikat pada besi responsif (IRE) di mRNA reseptor transferrin, menyebakan peningkatan pengeluaran reseptor transferrin. Reseptor ini meningkatkan keupayaan transferrin dan seterusnya merangsang pengambilan besi. Dalam bahasa mudahnya, apabila berlaku kekurangan zat besi, badan akan cuba mendapatkan zat besi daripada pemakanan. Jika pemakanan tiada zat besi, maka masalah.
3. Tenaga
Mengikut hukum thermodinamik, tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh ditukar daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Begitu juga dalam badan, tenaga yang masuk tidak boleh hilang begitu sahaja. Ia akan ditukar ke bentuk tenaga haba, tenaga kinetik dan sebagainya dan bakinya akan disimpan.
4. Gula
Glukosa darah dikawal oleh dua hormon iaitu insulin dan glukagon. Kedua-duanya dirembeskan di pankreas. Apabila paras gula menjadi terlalu tinggi, insulin akan dirembeskan. Apabila paras gula menjadi terlalu rendah, glukagon akan dirembeskan.
5. Tekanan Osmosis
Buah pinggang bertindak mengawal tekanan osmosis bendalir badan. Tekanan osmosis adalah ukuran yang digunapakai untuk menentukan arah air untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Air berlebihan akan disingkirkan berlalui air kencing. Kegagalan buah pinggang juga dikaitkan dengan tekanan darah.
6. Sistem Renin-Angiotensin
Sistem renin-angiotensin adalah sistem hormon yang membantu mengawal tekanan darah dan isipadunya dalam jangka masa yang panjang.
7. Kalsium
Apabila kalsium dalam darah menjadi terlalu rendah, reseptor pengesan kalsium dalam kelenjar paratiroid diaktifkan. Ia melepaskan PTH yang bertindak meningkatkan kalsium dalam darah. Kalsium akan diperoleh daripada tulang yang mana sama sekali tak baik untuk satu jangka masa panjang. Kalsium juga akan diserap kembali daripada air kencing. Manakala jika kalsium berlebihan pula, calcitonin akan dirembeskan untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang.
8. pH Darah
Buah pinggang juga berfungsi untuk mengawal pH darah.
9. Bendalir
Hormon anti-deuretik yang juga dikenali sebagai vasopressin dan aldosterone memainkan peranan utama dalam mengawal paras bendalir dalam badan. Jika bendalir kurang dalam badan, hormon anti-deuretik akan mengawal pembuangan air melalui air kencing dan jika bendalir berlebihan, alhosterone akan menyebabkan peningkatan isipadu air kencing.
Terdapat banyak lagi mekanisme yang menggunakan maklum balas negatif (negative feedback) dan maklum balas positif (positive feedback). Hemostasis penting untuk meneruskan kehidupan. Kegagalan mengekalkan keseimbangan mungkin menyebabkan kematian atau penyakit.
apa kaitan kim kardashian dengan topik?
cuttingnye yg mantooop!!!
sy pun tgh cari kaitannya. 😀
bukan apa, subject terlalu teknikal ari ni,
bila baca separuh, bersemangat skit bila nampak kim
Guys itu Kourtney Kardashian ?
tak tahu
pic yg menggoda
boleh tlg explain dngan lbih terperinci tentg sistem negatif feedback dan positif feedback,,,,
sy blum masuk topik tu, nanti sy cuba tulis dlm satu topik