Hormon Pertumbuhan Dec04

Kongsi

Hormon Pertumbuhan

Hormon pertumbuhan atau GH (Growth Hormone) adalah hormon peptida yang merangsang pertumbuhan sel pembiakan dan pertumbuhan semula dalam manusia dan haiwan lain. Hormon pertumbuhan adalah 191-asid amino, satu rantai polipeptida yang disintesis, disimpan dan dirembeskan oleh sel-sel somatotroph di bahagian anterior kelenjar pituitary. Somatotropin (nama lain untuk GH) adalah hormon pertumbuhan yang dihasilkan secara semulajadi manakala somatropin adalah hormon pertumbuhan yang dihasilkan oleh teknologi penggabungan DNA. Biasanya digelar HGH (Human Growth Hormone)

Kursus Kecergasan 2017Kini rasanya ramai pernah dengar perkataan HGH yang biasa dikaitkan dengan bina badan dengan lambakan jualan di pasaran gelap dengan jenama atau nama seperti Kei Fei, Gentropin, dan sebagainya. Hormon pertumbuhan dalam rawatan gangguan pertumbuhan kanak-kanak dan kekurangan hormon pertumbuhan dewasa. Pernah tengok kanak-kanak yang mana badannya tidak mahu membesar? atau orang dewasa yang kelihatan seperti kanak-kanak?

Apakah HGH selamat digunakan?

Buat masa ini, ujian keselamatan penggunaan HGH masih di tahap percubaan klinikal. Tiada laporan jelas menunjukkan bahaya penggunaannya. HGH dianggap sebagai hormon yang sangat kompleks dan banyak fungsi-fungsi masih tidak diketahui.

HGH telah disalahgunakan dalam bidang sukan sejak tahun 1970-an dan ia telah diharamkan oleh IOC dan NCAA. Analisis air kencing biasa tidak dapat mengesan dadah dengan HGH maka pengharaman itu tidak boleh dikuatkuasakan sehingga awal tahun 2000 apabila ujian darah yang boleh membezakan HGH semulajadi dan buatan mula dibangunkan. Tiada penguatkuasaan dalam sukan bina badan tetapi ada jenis-jenis sukan sudah melakukannya seperti di Sukan Olimpik.

GH juga telah dikaji untuk digunakan dalam sektor pertanian. Penggunaan ini agak kontroversi. Di Amerika, GH digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu lembu.

Apakah fungsi GH pada manusia?

GH secara amnya boleh digambarkan bersifat anabolik (membina). Seperti kebanyakan hormon protein yang lain, GH berinteraksi dengan reseptor pada permukaan sel-sel tertentu. GH juga boleh meningkatkan ketinggian. Hormon pertumbuhan tinggi pada tahap seseorang sedang membesar dan mula menurun apabila mencecah dewasa.

Hormon polipeptida tidak larut lemak, mereka tidak dapat menembusi sarcolemma. Oleh itu, GH mengenakan beberapa kesan dengan mengikat kepada reseptor di sel-sel sasaran, di mana ia akan mengaktifkan laluan MAPK/ERK. Melalui mekanisme ini, GH terus meransang pembahagian dan pendaraban kondrosit-kondrosit tulang rawan.

GH juga merangsang melalui laluan drastik JAK-STAT, pengeluaran insulin-like growth factor 1 (IGF-1) atau sebelum ini dikenali sebagai somatomedin C, hormon yang homolog untuk proinsulin. Anda tahu kepentingan insulin dalam tumbesaran?

Hati adalah organ utama sasaran GH untuk proses ini dan tempat utama pengeluaran IGF-1. IGF-1 mempunyai kesan ke atas pelbagai jenis tisu merangsang pertumbuhan. Tambahan IGF-1 adalah dijana dalam tisu sasaran, membuat ia kelihatan sebagai endokrin dan hormon autocrine atau paracrine. IGF-1 juga mempunyai kesan ke atas osteoblast dan aktiviti chondrocyte untuk menggalakkan pertumbuhan tulang. Pernah tengok mereka dalam bina badan dengan tulang berlebihan atau terlebih tajam di siku, muka dan sebagainya?

Selain fungsi-fungsi itu, hormon pertumbuhan juga mempunyai banyak kesan pada badan seperti:

– Meningkatkan pengekalan kalsium, dan menguatkan dan meningkatkan mineral tulang
– Meningkatkan jirim otot melalui sarcomere hiperplasia
– Menggalakan lipolisis
– Meningkatkan sintesis protein
– Meransang pertumbuhan semua orang-organ dalaman tidak termasuk otak
– Memainkan peranan dalam homeostasis
– Mengurangkan pemgambilan glukosa di hati
– Menggalakan gluconeogenesis di dalam hati
– Menyumbang kepada penyelengaraan dan fungsi pankreas
– Merangsangkan sistem imunisasi

Apa akan jadi jika terlalu banyak hormon pertumbuhan?

Penyakit yang biasa dikaitkan dengan GH berlebihi adalah tumor pituitari yang terdiri daripada sel-sel somatotroph pituitari anterior. Somatotroph adenomas adalah benigna dan tumbuh perlahan-lahan dan beransur menghasilkan lebih banyak GH. Akhirnya selepas bertahun-tahun adenoma boleh menjadi cukup besar untuk menyebabkan sakit kepala, menjejaskan penglihatan disebabkan tekanan ke atas saraf optik atau menyebabkan kekurangan hormon pituitari yang lain oleh anjakan.

Selain itu, GH berlebihan juga menyebabkan masalah di sendi-sendi seperti di jari tangan dan kaki. Pembesaran rahang juga berlaku dan mungkin menyebabkan masalah acromegaly. Masalah turun disertakan dengan berpeluh, tekanan pada saraf, kelemahan otot, hormon seks berlebihan mengikat globulin (SHBG), meningkatkan rintangan insulin ataupun menyebabkan diabetis jenis 2 dan mengurangkan fungsi seksual. GH berlebihan juga menyebabkan pertumbuhan berlebihan yang dipanggil gigantism pituitari.

Apa akan jadi jika kekurangan hormon pertumbuhan?

Kesan kekurangan hormon pertumbuhan adalah berbeza mengikut umur. Bagi kanak-kanak, kekurangan GH menyebabkan kebantutan. Kekurangan GH mungkin disebabkan faktor genetik dan kecacatan kongenital. Kekurangan juga boleh menyebabkan kematangan seksual menjadi perlahan. Jarang berlaku kekurangan pada orang dewasa.

Bagaimana penggunaan oleh ahli bina badan?

Penggunaan dalam jumlah sikit jarang menunjukkan kesan. Penggunaannya mengikut berat badan. Ada kitar yang mudah tetapi jarang mendapat kesan yang baik. Kitar pendek mengharapkan letusan dengan memasukkan sejumlah HGH dalam masa seminggu. Manakala kitar biasa menglibatkan penggunaan setiap hari. Sebagai contoh, mereka dengan berat 90 kg ke atas, menggunakan 8-10 IU sehari. Botol kecil biasanya 4 IU, jadi seorang akan menggunakan 2 botol sehari. Sebulan 60 botol. 1 kotak ada 10 botol. Jadi sebulan menggunakan 6 kotak. Harga sekotak dalam pasaran gelap di Malaysia sekitar rm400 hingga rm3000. Biasanya mengambil masa sekitar 3 bulan ke atas untuk menunjukkan kesan. Selain itu biasanya digabungkan dengan satu jenis testosteron yang sekejap di dalam badan dan insulin yang mana penggunaannya juga setiap hari.

Manakala IGF-1 digunakan untuk membesarkan bahagian tertentu yang mana menjadi kelemahannya seperti di betis, trisep dan sebagainya. Penggunaan HGH melampau juga boleh dirujukkan ke kesan GH berlebihan dalam badan.

Adakah HGH jenis pil berkesan?

Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak HGH jenis pil dalam pasaran. Terdapat juga pil yang merangsang pertumbuhan HGH. Adakah ianya berkesan? Boleh dikatakan kesemua kajian yang ditunjukkan adalah kajian sendiri dan bukan kajian pihak ketiga, jadi agak dicurigai. Tidak terdapat kajian pihak ketiga menunjukkan ianya berkesan. Jika anda ada duit berlebihan dan tidak tahu hendak dibuang di mana, boleh lah mencuba. Ia termasuk dalam kategori makanan tambahan berbanding jenis cucuk yang termasuk dalam kategori hormon tambahan.

ZK: Kenapa anda teringin menggunakannya? Anda bertanding di peringkat dunia dan diberi ganjaran yang besar? Ingin kelihatan cantik sekejap? Anda perlu ingat, satu hari nanti anda akan sampai ke tahap ingin hidup gembira berkeluarga, bermain bersama anak-anak. Jangan sampai satu tahap di mana, anda besar, freak tetapi tidak boleh menikmati hidup dengan gembira. Bina badan adalah sukan yang baik, yang mana perlukan disiplin yang tinggi, tetapi apabila disertaikan dengan bahan-bahan luaran, seolah-olah menunjukkan sukan ini mempromosikan dadah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube