Hypersomnia Jul28

Kongsi

Hypersomnia

Hypersomnia adalah penyakit di mana seseorang terlebih tidur. Saya pernah berdepan seorang yang boleh tidur 22 jam sehari. Dia ada masalah untuk kekal berjaga. Mereka yang ada masalah ini, boleh tidur di mana sahaja pada bila-bila masa. Mereka yang kritikal boleh tertidur ketika sedang borak, atau sedang memandu. Mereka ini kebiasaannya ada masalah kurang tenaga dan tidak mampu berfikir dengan baik.

Menurut Persatuan Tidur Kebangsaan atau National Sleep Foundation, hampir 40 peratus manusia ada simptom hypersomnia dari masa ke semasa.

Hypersomnia

Terdapat beberapa penyebab yang mungkin menyebabkan hypersomnia, termasuk:

Sleep disorders narcolepsy (penyakit tidur siang)
Sleep apnea (gangguan pernafasan ketika tidur)
• Berat badan berlebihan
• Penggunaan dadah atau alkohol
• Cedera di kepala atau penyakit neurologikal seperti multiple sclerosis atau parkinson
• Pengambilan ubat seperti tranquilizer atau antihistamine
• Masalah genetik
• Kemurungan

Apa yang boleh dibuat? Jumpa doktor dan ceritakan masalah anda. Anda mungkin akan diuji dengan ujian darah, computed tomography (CT) scan, dan ujian tidur yang dipanggil polysomnography. Dalam sesetengah kes, ujian electroencephalogram (EEG) akan dibuat untuk menguji aktiviti di otak.

NASC 2015

Rawatan?

Sekiranya ada didiagnosis dengan masalah hypersomnia, doktor akan preskrip ubat termasuk perangsang, anti keradangan dan sebagainya. Jika ada didiagnosis dengan masalah sleep apnea, anda mungkin diberi rawatan yang dikenali sebagai continuous positive airway pressure atau CPAP. Anda akan pakai satu topeng di atas hidung ketika tidur. Sebelum pakai apa-apa topeng, beritahu pada pasangan anda, takut dia kena sakit jantung tengok orang bertopeng memalam buta. Topeng ini akan memastikan aliran udara tidak tersekat.

Rujukan
https://www.sleepassociation.org/patients-general-public/hypersomnia/
https://en.wikipedia.org/wiki/Hypersomnia

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini