Insulin dan Senaman Jun15

Kongsi

Insulin dan Senaman

Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh sel beta di pankreas. Apabila pankreas seseorang tak dapat menghasilkan insulin mencukupi, ia perlu mendapatkannya daripada sumber luar seperti menggunakan jarum, inhaler, pump dan sebagainya. Apa fungsi insulin?

Insulin

Fungsi utamanya adalah mengawal paras gula dalam darah dengan menarik glukosa ke dalam sel badan. Ianya disimpan untuk kegunaan di masa hadapan. Seseorang dengan tahap sensitiviti insulin yang tinggi hanya memerlukan insulin yang sedikit untuk memastikan paras gula dalam badan normal. Sesiapa yang ada masalah ketahanan insulin, perlukan lebih insulin.

Masalah ketahanan insulin atau pun insulin resistance dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Apabila insulin dirembes dengan sangat tinggi, ia menyebabkan apa yang dipanggil hyperinsulinemia yang mana seterusnya merosakkan boleh merosakkan salur darah. Hyperinsulinemia biasa dikaitkan dengan darah tinggi masalah jantung, obesiti, oeteoporosis, kanser-kanser tententu seperti kanser kolon, kanser payu dara, dan kanser prostat. Masalah insulin ini dilabelkan dengan nama diabetes. Ia terbahagi kepada jenis 1 dan jenis 2.

Anda boleh tingkatkan sensitiviti insulin dengan melakukan perubahan kepada gaya hidup, menambah senaman dan pemakanan sihat. Mengikut kajian, aktiviti fizikal menyebabkan perubahan yang signifikan kepada sensitiviti insulin. Sebarang jenis aktiviti fikizal ada potensi membawa kepada insulin bekerja lebih baik. Dicadangkan kombinasi pergerakan aerobik dan anaerobik. Senaman aerobik membakar glukosa berlebihan semasa senaman manakala senaman anaerobik membantu bina otot yang seterusnya meningkatkan pembakaran.

NASC 2015

Ratusan kajian telah dibuat atas topik yang sama. Terdapat kajian melibat sekumpulan orang yang ditambah aktiviti aerobik dalam kehidupan harian tanpa mengubah diet mereka. Ternyata terdapat perubahan terhadap sensitiviti insulin mereka. Kajian dibuat daripada lingkungan umur 12 hingga 84 tahun, lelaki dan perempuan. Perubahan berlaku mencecah 48 peratus sensetiviti walaupun tiada perubahan pada peratusan lemak badan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu.

Disamping aktiviti fizikal, adalah lebih baik ditambah dengan pemakanan yang sihat. Masukkan makanan tinggi serat dalam diet, dan makanan rendah glycemic index seperti sayur. Senaman sebelum makan membantu merendahkan kandungan gula dalam darah selepas makan disebabkan sensitiviti insulin meningkat selepas senaman.

Berapa kerap anda melakukan pemeriksaan kesihatan? Tak pernah tahu paras gula dalam darah anda? Pastikan paras gula ketika puasa tidak melebih 6.0.

Paras Gula Darah

Rujukan
http://www.endocrineweb.com/conditions/type-1-diabetes/what-insulin
https://en.wikipedia.org/wiki/Insulin

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini