Intoleransi Laktosa

Apa itu intoleransi laktosa atau lactose intolerance? Pernah minum ‘weight gainer‘ dan rasa sakit perut? Cirit birit?

Kursus Kecergasan 2024Intoleransi laktosa bermaksud badan tidak boleh menghadamkan gula laktosa, gula yang mana biasanya ditemui dalam susu dan produk tenusu. Apabila laktosa melalui usus besar tanpa dihadamkan dengan sempurna, ia menyebabkan tanda-tanda seperti perut bergas, sakit perut, kembong dan sebagainya yang kebanyakannya berakhir dengan cirit birit. Ada orang yang sangat teruk dimana tak boleh ambil langsung produk susu, ada yang boleh ambil sedikit.

Apa yang menyebabkan berlakunya intoleransi laktosa? Ia ada keadaan di mana usus kecil tidak dapat menghasilkan enzim lactase yang mencukupi. Kadang kala, perut mungkin menghentikan penghasilan lactase untuk seketika ketika sakit perut atau sakit cycstic fibrosis. Usus kecil juga mungkin menghentikan penghasilan lactase selepas pembedahan buang sebahagian usus kecil. Keadaan ini mungkin sementara atau kekal.

Mereka yang sebelum ini tiada masalah intoleransi laktosa mungkin mendapat masalah ini seiring dengan umur. Bukan sahaja dengan umur, tetapi juga disebabkan pengambilan produk tinggi laktosa secara tiba-tiba dengan banyak, iaitu biasanya pengambilan ‘weight gainer‘.Intoleransi laktosa yang menyebabkan cirit birit bukan sesuatu yang patut dibiarkan. Cirit birit dalam satu masa yang lama tidak elok untuk usus anda.

Apa yang boleh dibuat? Cuba tambahkan psyllium husk iaitu serat organik yang biasanya boleh didapati di farmasi. Jika tidak berkesan untuk menghentikan cirit birit anda, bermakna intoleransi laktosa anda sangat teruk. Anda juga boleh tambahkan supplemen lactase, biasanya mengandungi lactobacillus acidophilus, sejenis probiotik. Anda perlu ambil supplemen itu setiap kali ingin mengambil produk laktosa tinggi. Walau bagaimana pun, anda tidak sepatutnya bergantung pada pil enzim. Cara terbaik lagi, carilah protein rendah atau tanpa laktosa. Kebanyakan ‘weight gainer‘ memang tinggi laktosa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

43 thoughts on “Intoleransi Laktosa

  1. Baru member tny malam td..dh ADA jawapannya…thanks dato

  2. salam dato, sblum ni ape produk weight gainer yg sy gunakan semuanyer ok,tpi bila sy ambil dymantize supermass, dah jdi peut bergass ni, padahal sblum ni sy penah ambil supermass jugak dlm 8bln lpas,xda ape2 pulak..serious mass,hardmass suma ok..
    ape msalahnyer dato? stiap kali sy ambil supermass skang msti perut berbunyi2 n nk kentut jer, hehe

    1. lactose yg mungkin berbeza dlm setiap gainer. kekadang tu memula ok, tp disebabkan tetiba amik lactose yg byk, terus jd

      1. salam. dato. saya nak tanya. kalau minum serious mass. nasi lemak, roti canai. boleh makan ke. dia mengganggu apa-apa kan

  3. salam alaik..dato,,maaf nak tny..utk fat burner..jenis polythermex..blh ke pesakit darah tggi memakan nyer..ada kesan sampingan x..tq ..

    1. x boleh. sebarang fat burner yg menaikkan heart rate x sesuai utk pesakit darah tinggi, sakit jantung

  4. nak tanya tentang lipo 6… sesuai tak utk buat cutting? dan untuk hilangkan lemak di perut bawah (buncit)… tq

  5. kawan sy mnum super mass gainer jd ssh nk buang air besar…yg tu sbb ape dato??

  6. dato,great info about laktose,saya ada soalan kluar tajuk ,
    Makanan macam roti n makanan dari tepung adalah mengandungi gluten, ia tak baik untuk kita kan?
    so saya kurangkan pengambilanya instead saya ambik more nasi n oats, adakah tindakan saya betul atau salah?

      1. Fazal Khan says:

        Dato gluten tu ape sebenranya.google byk omputih la tak phm sgt.huhu.Dato bley bwt thread psl gluten tak.terima kasih.jasamu akan ku kenang.hehe

        1. Fazal Khan says:

          *sebenarnya.sorry typo

  7. aslmkm dato.btol ke if makan then cpt buang means kaki tak kuat?

    1. wkum. x juga. kalau makan terus cirit tu lain. mkn terus hadam, tu kes metabolic

  8. saya hanya sakit perut dan cirit sikit kalau minum protein upon waking up. kalau any other time of the day, ok je tak sakit perut or cirit. then saya try kurangkan kepekatan protein tu dengan lebihkan air (whey+air kosong), masalah sakit perut dan cirit pagi2 dah selesai. 😀

  9. dato boleh x bukak cita pasal bina badan dan stretch mark.

  10. akum dato sye bru 3 mggu wat 5×5 kesan die mmg cpt.thanxs dato utk tunjk ajar.aniway ble dvd mr natural nk kua.x sbr dah ni nk wat sumber motivasi nih hehe biase tgk omputeh pye je

  11. Berkenaan lipo 6 x adik sy ambil tapi die ckp bila makan lipo 6 x dia akan menggeletar seluruh badan pastu lapar macam orang puasa kenapa ye pastu selepas 5 bari berat badan dia bertambah 3 kg kenapa ye…?

    1. bertambah mungkin sbb mkn, kemungkinan menggeletar disebabkan caffeine

  12. Tumpang tanya. Saya baru berjinak2 dengan sukan gym ini. Kawan saya ada cadangkan hemo rage sejenis tambahan untuk menambahkan fokus dan tenaga. Cuma saya musykil adakah ubat ini sesuai untuk orang bertekanan darah tinggi?

  13. salam dato. sy ambil muscle juice. mmg ade masalah cirit birit. tp tuk peringkat awal sahaja, lame2 da tak cirit lagi. maksudnya badan da bole adapt ke? bole teruskan ambil tanpa supplement lain dari farmasi?

  14. saya tmbh oat dlm mass gainer saya..
    leh kurangkan cirit 2..

  15. ada tak far burner yang untuk penghidap darahg tinggi yang rajin pergi gym?

    1. setakat ni yg top xde.
      Yang dah dibuang bahan2 yg meningkatkan degupan jantung, tak berfungsi sama.

  16. maksud saya yang rajin bersenam!!

  17. Azri Ruzalan says:

    Salam Dato, nk tanya..beza kandungan lactosa dlm protein Dymatize Super Mass dgn Muscle Juice byk x beza?

    Sbb sbelum ni dah try minum Super mass tp xmasuk,,asyik meragam perut. Tu fikir nk cuba Muscle Juice plak. Ape pandangan Dato tentang Muscle Juice dr segi lactosa?

  18. iman razaq says:

    salam dato. saya ada amik concrete mass gainer bru smlm n tghri tdi terasa sakit perut sbb sy ad gastrik. tpi sakit kejap ja. ap sbbnya dato . sy bole je minum x rsa pn sedap.

    1. iman razaq says:

      saya boleh je minum concrete mass tu. rasa dia pn ok. sedap gak walau pahit sikit. huhuhuu

    2. kalau masih kerap sakit + cirit, ada possibility masalah dgn laktose

  19. kebanyakkan weight gainer tinggi lactose.
    persoalan saya, macam mana kita nak kenal pasti produk tu tinggi lactose ke tak sebelum beli?
    boleh check kat label ke?

    1. kat label ada. saya pun x boleh laktosa. sbb tu pakai isolate whey saja.

      1. Adakah produk hydrowhey mesotropin sesuai untuk yg alah laktosa

        1. Zaki Khan says:

          sesuai. saya sentiasa ada alahan dan pernah pakai meso.

Leave a Reply to Fazly Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: