Isu Penjualan Steroid Secara Terbuka Dec20

Kongsi

Isu Penjualan Steroid Secara Terbuka

Semakin hari semakin ramai yang menjual steroid secara terbuka di laman sosial seperti facebook. Dari mana mereka mendapat lesen untuk menjual atau mereka sememangnya sengal sehingga tidak mengetahui menjual steroid. Adakah mereka ada gelaran doktor di hadapan sehingga membolehkan mereka priskrip steroid? Ada lesen farmasi untuk menjual steroid? Asal untung sudah, yang tanggung risikonya pembeli yang mana rata-rata budak-budak baru. Penjual pun orang baru, pembeli pun orang baru. Elok sangat la itu diperbodoh begitu.

Penjualan secara terbuka ini akan sama sekali merosakkan imej sukan. Sukan bina badan dilihat sebagai sukan yang mempromosikan dadah. Jika berterusan, percayalah, sukan ini akan tetap jadi antara sukan termiskin di Malaysia dengan tajaan pun tidak berani masuk. Jika menjual sorok-sorok, itu anda punya pasal, sendiri makan sendiri tanggung, tetapi jika secara terang-terangan, adalah satu kesalahan serius. Ia termasuk di bawah akta kosmestik di bawah biro farmaseutikal dan juga akta penyeludupan.

Bagi yang ternampak sesiapa menjual secara terbuka, marilah bendung gejala ini dengan bersama melaporkan pada birofarmaseutikal yang beralamat di http://portal.bpfk.gov.my/ .Di bawah akta penyelupan, jika tidak silap, kesalahan pertama rm15000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan, dan kesalahan kedua, rm50000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. Di bawah akta kosmetik tak pasti tetapi mungkin lebih.

Mereka yang menjual di laman sosial ini dah terlalu banyak untung kut sehingga tidak takut pada undang-undang. Tahukah anda, menjual dan mempamerkan produk membakar lemak yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia juga adalah satu kesalahan. Ada ke fat burner yang ada kelulusan KKM?

Disebabkan masalah yang semakin melampau rasanya, saya akan laporkan semua dan akan bawa isu ini ke mesyuarat dengan Yang Berhormat Dato Seri Liow Tiong Lai yang dijadualkan jika berkesempatan. Isu ini perlu ditangani.

Sebelum menggunakan steroid, tanyalah diri anda, berbaloi ke? Dapat badan cantik dalam masa singkat untuk merebut hamper pasaraya. Jika anda pertanding di peringkat Pro dalam merebut wang ringgit, itu dah kes lain. Atau mungkin terlibat dalam kerja yang lumayan dan memerlukan anda kelihatan sangat sasa. Jika semata-mata ingin kelihatan cantik memakai baju ketat, lupakanlah. Ingatlah, suatu hari nanti, anda mesti teringin untuk bermain dengan anak cucu dan jangan sampai di tahap itu, baru terasa kesan penggunaan yang sebelum ini. Ramai dah alaminya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube