Jerebu Jun25

Kongsi

Jerebu

Masalah jerebu menjadi semakin serius dalam dua tiga hari ini di Malaysia. Beberapa tempat termasuk Muar diistiharkan darurat apabila indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 746. Apakah puncanya? Ia disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di Wilayah Riau, Indonesia. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.
Chapter 442-Jerebu-kebakaran-riau-punca

Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal ladang-ladang kelapa sawit. Angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke Malaysia. Kawasan terjejas teruk termasuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Bergantung pada berapa sensitif seseorang, anda mungkin berdepan masalah sementara seperti:

• Mata kepedihan, berair atau conjunctivitis (keradangan mata)
• Selsema, hidung gatal
• Sakit tekak, kering tekak, batuk
• Sakit kepala, pening, kelesuan, tekanan
• Kurang fungsi paru-paru, pengurangan sistem imunisasi pernafasan, sakit dada atau bronchitis (radang paru-paru)

NASC 2015

Simptom-simptom ini biasanya ringan. Walau bagaimana pun, jika seseorang itu berdepan masalah kronik seperti masalah pernafasan dan sakit jantung seperti coronary artery disease, asthma dan obstructive pulmonary disease, keadaannya mungkin bertambah teruk dengan jerebu.

Chapter 442-Jerebu-kesan-kesihatanKesan Jangka Masa Panjang

94 peratus partikel dalam jerebu adalah dibawah 2.5 mikrometer atau 30 kali lebih kecil daripada rambut manusia. Disebabkan saiznya yang kecil, ia mudah dibawa jarak jauh dan meningkatkan risiko disedut manusia dan haiwan. Disebabkan partikelnya halus, ia didapati merbahaya untuk paru-paru. Apabila disedut, ia boleh memasuki salur darah dan bertindak balas dengan bahan lain dalam badan manusia yang mana boleh menyebabkan keradangan.

Kajian Kesan Jangka Masa Panjang

• Mereka yang terdedah lama dalam jerebu berdepan masalah pengerasan arteri lebih cepat daripada mereka yang menyedut udara bersih
• Pendedahan yang lama juga meningkatkan risiko kematian disebabkan masalah kardiovaskular
• Ia juga boleh membantu perkembangan diabetes
• Pendedahan yang lama juga boleh menyebabkan masalah pernafasan termasuk sinusitis di kalangan dewasa dan masalah pernafasan kanak-kanak
• Terdapat juga kes pendedahan pada ibu mengandung menyebabkan masalah keguguran, bayi dilahirkan kurang berat dan beberapa masalah lagi

Chapter 442-Indeks-IPU-jerebu

Mempertahankan Diri daripada Jerebu

• Mengambil tahu Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang terkini daripada pihak tempatan seperti di http://apims.doe.gov.my/apims/ sebelum merancang perjalanan anda
• Elakkan aktiviti luar jika tidak perlu. Elakkan bersenam di kawasan luar
• Tutup tingkap dan pintu yang membenarkan jerebu masuk ke rumah
• Guna air purifier jika mampu
• Guna penyaman udara
• Ambil ubat secara berjadual jika ada anda penyakit melibatkan pernafasan dan jantung
• Lebihkan minum air dan tambah pengambilan buah dan sayuran
• Kurangkan atau berhenti merokok. Kurangkan penggunaan dapur gas, dan sebagainya yang menghasilkan gas
• Pakai mask muka ketika keluar

Chapter 442-Polis-pakai-mask-jerebu

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini