Jurulatih Perempuan: Liyana Mastura May16

Kongsi

Jurulatih Perempuan: Liyana Mastura

Saya agak sibuk kebelakangan ini sehingga tidak sempat mengemaskinikan blog. Sibuk kenapa? Saya sedang menyediakan trainer perempuan yang baru, Liyana Mastura. Dia salah seorang trainer perempuan dalam Team ZK. Dalam masa sama buat sesi pengambaran untuk video latihan perempuan. Ada dua trainer perempuan yang terlibat dalam projek video tersebut. Nantikan. Tarikh? Belum tahu lagi.

Kursus Kecergasan 2017
Sesiapa berminat untuk dapatkan Personal Trainer perempuan, boleh hubungi ZK.

Nota: This is my girl, jangan kacau.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube