Jutawan Fitness Fitreprenuer Jan23

Kongsi

Jutawan Fitness Fitreprenuer

“Erk, bidang fitness? bidang kecergasan? ada peluang pekerjaan ke?”
“Boleh untung ke?”Ramai yang keluarkan soalan bercorak begini bila kata tentang bidang kecergasan. Ibu bapa sendiri lebih suka mengatur anaknya kerja dalam bidang seperti kedoktoran, peguam dan sebagainya yang dipandang tinggi. Pada era 80-an, kerjaya bank dipandang tinggi. Dapat menjadi seorang pegawai bank sesuatu yang gah. Kemudian masuk era profesional akan tetapi tak semua mampu belajar ke tahap itu. Kemudian dikatakan bidang informasi maklumat ada peluang kerjaya yang besar, berduyun-duyun belajar IT dan akhirnya berlaku lambakan pekerja. Supply lebih tinggi daripada demand.

NASC 2015

Bagaimana dengan bidang kecergasan? Apabila kata tentang bidang kecergasan, ramai terbayang skop belajar sains sukan. Aduh, nampak tak gah bunyinya. Sebenarnya bidang ini sangat besar. Fitrepreneur, perkataan baru yang saya guna untuk menggambarkan seorang usahawan fitness. Sebelum saya bercerita tentang potensi, elok kiranya saya kenalkan beberapa nama. Saya suka tanya satu soalan, cuba namakan jutawan fitness yang anda kenal? Nama yang biasa disebut sebagai orang yang berjaya dalam bidang fitness adalah Arnold Schwarzenegger, Jake Steinfeld, Charles Poliquin dan sebagainya. Dah terlalu banyak cerita pasal mereka. Apa kata saya perkenalkan yang lain. Mereka semua ini adalah jutawan dalam bidang kecergasan.

Bill-Phillips

Bill Phillip

Bill merupakan pereka program Body-For-Life. Beliau telah berada dalam industri ini melebihi sedekad dan berjaya membantu jutaan orang mengubah hidup mereka. Beliau terkenal dengan bukunya, Body-For-Life: 12 Weeks to Mental and Physical Strength yang menjadi buku jualan terbaik di New York selama 7 tahun. Bill juga merupakan CEO kepada syarikat EAS, pengasas Majalah MM2k dan rakan perniagaan kepada pengasas MET-RX.

Ryan-Lee

Ryan Lee

Ryan merupakan seorang pakar pemasaran fitness. Beliau telah membantu jutaan orang menerusi programnya. Beliau telah membantu ramai menjadi jutawan fitness dengan tekniknya yang luar biasa. Ryan bermula sebagai seorang personal trainer dan telah menarik ratusan ribu yang ikut programnya secara online. Ryan merupakan mentor yang saya hormati dan jika anda perasan, saya menggunakan kaedahnya sedikit.

John-Spencer-Ellis

John Spencer Ellis

John menyediakan khidmat latihan, pendidikan, dan kejurulatihan. Beliau merupakan pengasas National Exercise and Sports Trainers Association (NESTA) dan International Triathlon Coaching Association. Saya pernah mengambil kursus di bawah NESTA sebelum ini. John adalah orang pertama yang franchise-kan fitness boot camp.

Pat-Rigsby

Pat Rigsby

Pat merupakan mentor kepada usahawan fitness 6 angka dan 7 angka. Beliau merupakan penasihat dalam perniagaan berasaskan sukan dan kecergasan. Beliau merupakan co-owner kepada berdosen perniagaan.

Bedros-Keulian

Bedros Keulian

Bedros datang ke US dengan ibu bapanya ketika kecil dengan keadaan susah dan menghadapi pelbagai kesukaran dalam hidup. Kini beliau merupakan seorang penasihat kecergasan yang terkenal dan juga mentor kekayaan dan kejayaan dalam bidang fitness. Bedros adalah co-owner kepada Fit Body Boot Camp, boot camp kecergasan yang terbesar.

Jennifer-Nicole-Lee

Jennifer Nicole Lee

Jennifer atau lebih dikenali dengan nama JNL adalah seorang mampu memotivasikan orang ramai dengan kisah turunkan berat badannya. Beliau berjaya menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang. Beliau merupakan penulis dan pereka The Mind, Body & Soul Diet. JNL berjaya jual 17,000 Ab Circle Pros dalam masa 6 jam. Jutawan dalam masa 6 jam? Menarik tak? Orangnya pun menarik.

Greg-Justice-2

Greg Justin

Greg merupakan ikon dalam industri personal trainer. Beliau telah 25 tahun dalam perniagaan ini dan telah melatih lebih 40 ribu pelanggan. Greg seorang yang sangat terkenal yang menjalankan latihan korporat.

Joel-Marion

Joel Marion

Joel, nama yang tidak asing lagi. Beliau berjaya menjadi jutawan dalam masa 4 hari apabila berjaya menjual produk bernilai 1.4 juta. Produk pertamanya mencecah keuntungan 300 ribu USD. Produknya yang terkenal, The Cheat to Lose Diet.

Kalau nak senaraikan, sebenarnya terlalu ramai. Ada yang buat duit ratusan ribu USD setiap bulan di Youtube seperti Mike Chang dengan Sixpack Shortcut-nya, Zuzana dengan tetek besarnya. Ops, dengan latihannya melalui BodyRock.Tv dan ZuzkaLight. Charles Poliquin dengan institusinya yang terkenal dengan Poliquin International Certification Program. Tercabar tak rasa? Apabila ada dari serendah-rendah latar belakang menjadi somebody dalam dunia fitness?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini