Kafein

Kafein atau caffeine adalah bahan murah yang biasa dimasukkan dalam makanan tambahan seperti pre-workout dan fat burner. Kafein datang dalam pelbagai bentuk dan untuk pengetahuan anda, kafein daripada kopi bukan yang terbaik. Ada sekitar 20 ribu kajian berkenaan kebaikan dan keburukan kafein? Jadi, ianya baik atau buruk? Hmm… Jom kita lihat.

Kenapa kafein dalam kopi bukan yang terbaik? Kerana, ianya sangat sedikit jika dibandingkan dengan bentuk pil atau serbuk. Dalam bentuk pil, sebenarnya lebih murah jika dibandingkan dalam bentuk kopi seperti starbuck. 2 cawan kopi O kosong boleh dibandingkan dengan sebiji pil yang mana pil biasanya 100mg. Cuba lihat gambarajah di bawah.

Caffein

Ada sekitar 20 ribu kajian, menunjukkan kebaikan kopi seperti membantu untuk diabetes, ubat sakit kepala dan mungkin tambah sakit kepala bagi yang migrain, mengawal asma, mengurangkan risiko penyakit parkinson dan paling penting menambahkan prestasi serta membantu menurunkan berat badan. Walaupun banyak kebanyakan, banyak juga keburukan seperti menyumbat arteri, meningkatkan degupan jantung, meningkatkan risiko osteoporosis dan paling menarik meningkatkan keinginan terhadap karbohidrat yang mana berlawanan dengan membantu turunkan berat tadi.

Bagaimana kafein membantu menurunkan berat badan?

Pertama, ia membantu tingkatkan kadar metabolisme seseorang. Kemasukan kafein meningkatkan kadar lipolisis iaitu proses pemecahan lemak. Lipo bermaksud lemak, dan lisis bermaksud pecah. Kedua, ia merupakan peransang tenaga. Ia meningkatkan kecergasan yang seterusnya menyebabkan seseorang boleh melakukan proses berulang lebih lama. Contohnya, jika sebelum ini boleh buat 12 ulangan, mungkin dengan kafein jadi 15 ulangan. Ia juga boleh digunakan untuk jenis aerobik seperti larian.Kursus Kecergasan 2024

Berapa banyak?

Toleransi setiap orang berbeza. Boleh mulakan dengan 3mg/kg berat badan. Jika badan dah mengadaptasi, boleh tambah sedikit demi sedikit. Adakah lebih banyak lebih baik? Kajian menunjukkan, tiada kebaikan jika ambil lebih daripada 6mg/kg.

Bila nak ambil?

Ambil sekitar sejam sebelum aktiviti latihan yang dibuat. Tidak digalakkan ambil waktu malam kerana ianya akan menganggu kualiti tidur anda. Jika nak gunakan kafein sebagai pre-workout, berhenti minum kafein di masa lain. Kafein di sini bukan bermaksud kopi sahaja. Dalam cola pun ada kafein. Banyak minuman ada kafein. Cuma gunakan kafein 60 minit sebelum bersenam. Masa lain, jangan. Jika ada pertandingan dalam masa seminggu yang memerlukan penggunaan kafein sebagai sumber tenaga, berhenti guna kafein selama seminggu dan hanya guna pada hari pertandingan sahaja untuk memastikan kesannya optimum.

Apabila minum kopi, bukan minum kopi 3 dalam 1 ye. Kalau boleh, minum kosong. Kafein menjadi sangat berkesan apabila diberi gula atau kardohidrat ringkas selepas senaman. Cuma, jangan beri berlebihan.

Nota:
Kafein adalah daripada kategori dadah peransang. Ia adalah daripada keluarga methylxanthine. Jika ada ujian air kencing dalam sukan, elakkan. Ia digunakan dalam perubatan sebagai agen diuretic dan tahan sakit. Ia menyebabkan ketagihan.

Rujukan:
http://www.acsm.org/docs/current-comments/caffeineandexercise.pdf
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19088794

Kafein dalam Minuman

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Kafein

  1. mohd mazwin says:

    terima kasih dato..entri yg sgt berguna..

  2. Mohd Abu Hassan says:

    Sy ingin minta nsihat dan pndangan…sy ade mgmbil supplement tmbahan yg brjenama ‘swollen’ tp sy mgalami kesan yg kurang baik..iaitu dada sy skit dan sukamr brnafas..bleh encik beri thu knape kesan ni trjdi pd sy.

    1. ada masalah darah tinggi atau sakit jantung? atau mungkin alergic sesuatu bahan.

  3. Salam en.zaki, sya nak tanya. Sya beli fat burner brand Api advance sya telah consume selama 2 hari. Pada hari kedua sya consume sya rasa perut sya ada angin,sakit perut,kerap sendawa, dan sembelit rasa mcm gastrik. Boleh sya tahu? Kenapa boleh jadi mcm tu? Adakah disebabkan oleh kafein? En.zaki boleh kongsikan bagaimana cara dan tips pengambilan fat burner? Bagi mengelak kan perkara yg sama berlaku lagi? Sehari sya cuma ambil 1 biji sehari. Terima kasih.

    1. Zaki Khan says:

      wslm. mungkin bahan lain dlm tu. sebelum ni x pernah amik cafein? setahu saya api fat burner x tinggi mana cafein dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: