Kajian: Mesin Getaran Bakar Lemak

Kalau saya memandu, saya suka dengar radio. Beberapa hari lepas, semasa memandu pergi ke tempat kerja, penyampai radio ada berkongsi beberapa info menarik berkaitan dengan dunia kecergasan.

Aiman Radzi - Kajian Mesin Getaran Bakar Lemak

Beliau ada bercerita tentang whole-body vibration (getaran seluruh badan-WBV). Pernah lihat mesin-mesin yang menggoyangkan seluruh badan? Selalu mesin-mesin ini ada di pusat beli-belah. Menurut perkongsiannya yang berdasarkan satu kajian, beliau menyatakan yang mesin-mesin tersebut mampu membakar lemak.

 

Jadi, minat saya terhadap topik ini mula membuak-buak. Sejurus pulang ke rumah, saya mula mencari kajian-kajian yang berkaitan. Ada satu yang menarik perhatian saya.

Kursus Kecergasan 2024

Kajian Tentang Apa?

Ada satu kajian yang mencari tentang kaitan penggunaan mesin getaran seluruh badan dan pembakaran lemak. Kajian tersebut mendapati yang mesin begini mungkin sama keberkesanannya dengan larian di atas treadmill untuk membakar lemak dan menguatkan integriti tulang.

 

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Endokrinologi, menggunakan mesin getaran seluruh badan selama 20 minit untuk 3 bulan telah berjaya mengurangkan jisim lemak pada bahagian abdomen dan hati serta meningkatkan kandungan osteocalcin (sejenis protein yang menguatkan tulang). Bagus, bukan? Kalau anda tidak suka bersenam, ini boleh jadi penggantinya! Cuma, setakat ini kajian menggunakan alat ini hanya dijalankan ke atas tikus sahaja. Adakah manusia akan mendapat hasil yang sama? Para pengkaji masih lagi berusaha mendapatkan jawapan dalam hal ini.

 

 

Perincian Kajian

Sekumpulan para saintis (daripada Augusta University) telah mengumpul dua kumpulan tikus yang berumur sekitar 5 minggu untuk kajian ini; tikus-tikus tersebut adalah tikus yang sihat tetapi telah diubahsuai genetik supaya menjadi gemuk dan diabetik. Tikus-tikus tersebut diletakkan dalam tiga jenis keadaan:

  1. Tidak bersenam
  2. Berlari atas “treadmill”
  3. Menggunakan mesin WBV

 

Apa yang berlaku ialah tikus-tikus tersebut telah kurang berat badan dan kadar gula dalam darah mereka turut lebih terkawal. Mengikut pendapatan ini, mesin WBV telah membakar lemak dan mengawal penyakit diabetes.

 

 

Kekurangan Getaran

Penggunaan getaran mungkin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti:

  1. Pening
  2. Keletihan
  3. Gangguan visual
  4. Kerosakan tisu badan

 

Tetapi, kesan-kesan ini adalah kesan umum menggunakan getaran umum. Adakah kesan ini juga dapat dilihat dalam penggunaan mesin WBV? Kajian ini terlalu singkat (12 minggu sahaja) untuk menentukan sebarang konklusi kesan sampingan, malah tidak cukup lagi untuk mencari frekuensi dan intensiti yang boleh menyebabkan kerosakan serta manfaat terhadap badan manusia.

 

 

Konklusi

Tikus dan manusia adalah berbeza. Walaupun begitu, kajian haruslah melalui beberapa fasa dahulu sebelum memulakan cubaan ke atas manusia. Paling penting, tikus tidak menjalani keadaan hidup yang sama meskipun fisiologi dua spesis ini boleh dijadikan perbandingan.

 

Rujukan:

Lee B. (19 March 2017), Study: Whole-Body Vibration May Reduce Weight Like Running On A Treadmill, But…, Forbes, [accessed online] https://www.forbes.com/sites/brucelee/2017/03/19/study-whole-body-vibration-may-reduce-weight-like-running-on-a-treadmill-but/#7d7060f163ee [accessed on 23 March 2017].

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: