Kalsium dan Osteoporosis

Kalsium adalah nutrien penting dan diperlukan bagi kebanyakan fungsi badan termasuk pembekuan darah, fungsi jantung, otot dan saraf. Kalsium juga membantu dalam pembentukan tulang yang kuat. Kurang kalsium menyumbang kepada masalah osteoporosis. Osteoporosis lebih biasa di kalangan perempuan berbanding lelaki. Osteoporosis adalah sakit dimana tulang rapuh dan boleh patah dengan mudah. Jisim tulangnya rendah dan cenderung membentuk keretakan.

Pengambilan kalsium tambahan sahaja tidak membantu kerana masalah tulang rapuh boleh disebabkan oleh sesetengah ubat atau penyakit. Tulang juga boleh bertambah teruk jika seseorang itu merokok, minum arak, tak cukup pergerakan fizikal atau senaman.

Tulang mungkin kelihatan keras dan mati, akan tetapi ia sebenarnya adalah tisu hidup. Tulang lama sentiasa dipecahkan dan tulang baru dihasilkan. Setiap kali tulang dipecahkan lebih cepat daripada pembentukan tulang, tulang menjadi lemah dan osteoporosis boleh berlaku. Tulang dibentuk daripada kolagen dan bukan kolagen yang diperkaya dengan kalsium. Jika badan tidak mendapat kalsium yang mencukupi, badan akan ekstrak kalsium daripada tulang dan menyebabkan tulang hilang kekuatan.

Tulang-rapuh

Bagaimana kalsium berfungsi?

Selepas pengambilan kalsium, beberapa nutrien termasuk vitamin D membantu dalam penyerapan. Bukan semua kalsium diserap. Tulang jadi tempat simpanan kalsium.

Berapa keperluan kalsium?

• 4-8 tahun 800mg sehari
• 9-18 tahun 1,300mg sehari
• 19-50 tahun 1,000mg sehari
• 51 ke atas 1,200mg sehari

Badan mampu menyerap maksima 2,000mg sehari. Apa yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing dan proses itu mungkin mengakibatkan masalah buah pinggang.Kursus Kecergasan 2024

Makanan mengandungi kalsium:

1 cawan susu sekitar 300mg
1 cawan yogurt sekitar 370mg
30g keju sekitar 190mg
1 cawan aiskrim sekitar 170mg
1 cawan jus oren sekitar 90mg
100g ikan salmon sekitar 320mg
dan banyak lagi…

Beberapa benda yang mengganggu penyerapan kalsium:

• Pengambilan corticosteroid seperti prednisolone, inhaler dan sebagainya.
• Pengambilan makanan tinggi sodium.
• Pengambilan protein berlebihan. Apabila protein digunakan sebagai tenaga, ia menghasilkan sulfate. Sulfate secara tak langsung mengurangkan kalsium dalam badan.
• Pengambilan oxalate. Oxalate ditemui dalam makanan seperti coklat, tea, dan beberapa sayuran yang meningkatkan pembuangan kalsium melalui proses pembuangan.
• Pengambilan serat tidak hadam juga menganggu proses penyerapan.
• Pengambilan alkohol berlebihan mengganggu badan menukar vitamin D tidak aktif kepada aktif.
• Pengambilan kafein berlebihan meningkatkan proses pembuangan melalui air kencing.
• Kurang pergerakan fizikal.
• Merokok.

Kalau tengok daripada senarai di atas, dapat dilihat, mereka yang aktif senaman dengan pengambilan protein yang tinggi perlukan calcium yang lebih. Sasarkan 2,000mg sehari. Nak bercerita tentang proses kalsium di dalam badan dan pergerakan perlukan 1 entri tambahan nanti. Cuma, secara amnya, pengambilan kalsium yang mencukupi membantu dalam penambah ulangan pergerakan. Mungkin selama ini, hanya berjaya buat 12 ulangan. Apabila keperluan kalsium mencukupi, mungkin jadi 15 ulangan. Masa dibawah tekanan atau time under tension lebih. Secara tak langsung, ia membantu dalam pembakaran tambahan.

Kesan osteoporosis apabila meningkat usia.
Kesan osteoporosis apabila meningkat usia.

Rujukan
http://www.academia.edu/3013196/The_role_of_supplementary_calcium_in_submaximal_exercise_and_endurance_performance

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: