Kanak-kanak Obesiti

Mengikut Harian Metro hari ini, 30 Jun 2016, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia apabila berat badannya mencecah 192 kilogram. Arya Permana berasal dari kampung Cipurwasari di Jawa Barat. Menurut sumber daripada Indonesia pula, bertarikh 29 Mei 2016, kanak-kanak yang sama, Arya Permana seberat 140kg. Adakah Arya Permana bertambah 52kg dalam masa sebulan atau Harian Metro berlebihan dalam mengeluarkan berita demi melariskan surat khabarnya?

Sumber
http://www.hmetro.com.my/node/148969?platform=hootsuite
http://jateng.tribunnews.com/2016/05/29/bobotnya-140-kilogram-arya-bocah-usia-10-tahun-nggak-sanggup-lagi-berjalan

Arya Permana, 10 tahun 192kg
Arya Permana, 10 tahun 192kg

Hari ini, bukan nak berdepan berat budak ini, akan tetapi nak berbicara tentang obesiti di kalangan kanak-kanak. Menurut World Health Organization WHO, obesiti di kalangan kanak-kanak berusia 0 sehingga 5 tahun meningkat dari 32 juta ke 42 juta daripada tahun 1990 ke 2013. Peningkatan lebih 30 peratus di negara membangun. Menjelang 2025, dijangkakan akan mencecah 70 juta. Sekiranya tidak dicegah, ia akan bawa kepada pelbagai kompilasi penyakit termasuk diabetis dan sakit jantung.

Sumber
http://www.who.int/end-childhood-obesity/facts/en/

Di Malaysia, Diabetes dikesan seawal usia 6 bulan dengan dikuasai majoriti kaum Melayu, diikuti Cina di tempat kedua dan India di tempat ketiga. Menurut data ini, kebanyakan adalah diabetes jenis 1, diikuti jenis 2. InsyAllah saya akan olah lebih lanjut berkenaan jenis-jenis diabetes di entri yang lain. Data ini adalah data pada tahun 2006-2007. Ia semakin meningkat, dan kini tahun 2016.

Sumber
http://www.crc.gov.my/wp-content/uploads/2014/08/Annual_Report_of_The_Diabetes_In_Children_And_Adolescents_Registry_2006_2008.pdf

Dianggarkan sebanyak 24 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam kategori hipertensi dan 1 peratus adalah kanak-kanak. Ini anggaran lama mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996. Ia semakin meningkat akan tetapi tiada data tepat mengenainya. Bayangkan 1 peratus daripada 30 juta.

Sumber
http://jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/infopdf/infopdf/Tekanan_Darah_Tinggi.pdf
http://www.moh.gov.my/attachments/CPG_Management_of_Hypertension_4th_Edition.pdf
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung. Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun. Ini bayi yang baru lahir, tidak termasuk kanak-kanak dengan gaya hidup yang sangat hebat sehingga mengubah saiz mereka.

Sumber
http://www.sihatselalu.com.my/2010/12/bayi-jantung-berlubang-congenital.html

Siapa harus dipersalah? Dalam kebanyakan kes, boleh kata ibu bapa atau penjaga. Bermula daripada saat mengandung di mana ibu tidak menjaga pemakanannya, diabetes di bawa kepada kanak-kanak. Ayat tipikal, ‘saya mengandung, kena makan untuk dua orang’. Cuma dia tidak sedar, orang kedua itu tidak sebesarnya.

Apabila dilahirkan, majoriti kanak-kanak dididik dengan makanan tak sihat. Bagi mereka makan apa sahaja. Air minuman bergas, makanan ringan, makanan segera. Mengikut satu studi di sekolah, sekurang-kurangnya setiap orang ambil 1 sudu gula melalui minuman manis setiap hari. Kanak-kanak tidak dibekalkan keperluan nutrisi yang mereka perlukan. Ia menjadi semakin sukar disebabkan, gaya hidup itu adalah gaya hidup ibu bapa mereka juga.

Kanak-kanak kini semakin tidak aktif. Dipenuhi dan dimanjai dengan gadjet yang pelbagai. Mereka kenal telefon mobil seawal usia 1 tahun. Saya ingat lagi, handphone pertama saya pakai, pada usia 18 tahun. Kini, kanak-kanak tadika pun dah ada smartphone.Kursus Kecergasan 2024

Menurut kajian di US, hanya 2 peratus daripada kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat. Agak-agak di Malaysia, cecah tak 1 peratus?

Genetik juga boleh main perasan dalam obesiti di kalangan kanak-kanak. Obesiti bekerjasama dengan persekitan dan faktor kelakuan ataupun gaya hidup. Terdapat kes minoriti disebabkan masalah tiroid. Akan kes, disebabkan pengambilan ubat, makanan tambahan, vitamin dan sebagainya yang mungkin meningkatkan selera makan. Obesiti dan hormon? Satu persoalan yang menarik. Boleh dikaitakan dengan leptin, insulin, hormon seks dan sebagainya. Mungkin entri lain.

Sedih dan kesian melihat kanak-kanak gemuk. Kadang kala, mereka tidak mempunyai ilmu, bagaimana untuk menurunkan berat badan, kekal cergas dan sebagai. Mereka mengharapkan tunjuk ajar daripada yang terdekat dengan mereka, iaitu ibu bapa atau penjaga. Tapi…

Its Ok Bro, Im Bulking

Rujukan
https://www.unitypoint.org/blankchildrens/article.aspx?id=a08c96a2-c311-40d3-8eee-93d15f92b7ef
http://www.parents.com/health/obesity/fat-kids-whats-really-to-blame/
http://www.letsmove.gov/learn-facts/epidemic-childhood-obesity
https://www.cdc.gov/obesity/data/childhood.html
https://www.cdc.gov/healthyschools/obesity/facts.htm
http://www.bbc.com/news/magazine-19661085

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: