Kanak-kanak Tekanan Darah Tinggi Jun19

Kongsi

Kanak-kanak Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak? Ya, jangan terkejut. Hipertensi kini tersenarai antara penyakit yang sering dihadapi kanak-kanak di Malaysia. Tekanan darah tinggi sebelum ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, kemudian menurun ke 20an, dan kini kanak-kanak.

Apakah penyebabnya?

Secara amnya adalah disebabkan pemakanan. Makanan proses seperti mee segera, sosej, burger, kentang goreng dan sebagainya tinggi garam. Keperluan garam bagi seorang dewasa adalah kurang daripada 2400 mg, manakala untuk kanak-kanak lebih rendah. Bayi berusia setahun ke bawah keperluannya kurang daripada 400 mg, 1 hingga 3 tahun 800 mg, 4 hingga 6 tahun 1200 mg, 7 hingga 10 tahun kurang daripada 2000 mg dan lebih 11 tahun kurang daripada 2400 mg.

Bawah 1 tahun: Kurang 400 mg sodium
1 hingga 3 tahun: Kurang 800 mg sodium
4 hingga 6 tahun: Kurang 1200 mg sodium
7 ke 10 tahun: Kurang 2000 mg sodium
11 tahun dan lebih: Kurang 2400 mg sodium

NASC 2015

Kanak-kanak berusia enam bulan ke atas biasanya cenderung untuk merasa mak
anan bergaram. Semakin meningkat usia jika tidak dikawal mereka cenderung untuk makan makanan bergoreng tinggi garam seperti kentang goreng, sosej, makanan ringan seperti mee segera dan sebagainya.

Pengawalan makanan sepatutnya bermula daripada kecil. Jika daripada kecil pengambilan garam mereka dikawal, mereka lebih cenderung menolak garam ketika dewasa. Daripada kecil bermaksud, dibawah 6 bulan lagi perlu dilatih untuk kurangkan pengambilan garam. Kurangkan makanan proses.

Kanak-kanak-makanan-ringan

Ada banyak penyebab tekanan darah tinggi. Boleh jadi disebabkan keadaan fisiologinya seperti rentak jantung berubah disebabkan mungkin masalah hormon seperti atrial natriuretic dan sebagainya. Boleh jadi sistem saraf simpatetik. Dalam kebanyakan kes kanak-kanak, ia disebabkan obesiti. Hyperinsulinemia menyebabkan tekanan darah meningkat dengan meningkatkan penyerapan sodium. Hipertensi di kalangan kanak-kanak terjadi tanpa sebab diketahui hanya kurang 5 peratus.

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi terbahagi kepada dua iaitu kategori primer dan sekunder. Primer berkait dengan obesiti dan keturunan manakala sekunder disebabkan kerosakan buah pinggang dan sakit-sakit lain. Penyalahgunaan dadah seperti kokain, penggunaan pil pelangsingan atau fat burner, penggunaan steroid, menggunakan pil pencegah kehamilan, pil-pil perangsang dan menghisap rokok juga boleh jadi penyebab tekanan darah tinggi.

Gejala tidak spesifik seperti perubahan tingkahlaku dan prestasi sekolah merosot mungkin ada kaitan dengan tekanan darah tinggi pada peringkat awal dan sederhana. Pada peringkat yang lebih kronik, gejala seperti rabun, lemah jantung, kerap kencing, kencing malam akan mula berlaku. Gejala pada peringkat lebih serius tertumpu kepada kesan tekanan darah melampau sehingga mengakibatkan sawan, tidak sedarkan diri atau strok.

Kanak-kanak-obesiti

Kanak-kanak yang dikesan menghidap darah tinggi perlu dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan kepastian dan mencari puncanya.. Andainya punca dirawat awal, tekanan darah tinggi mungkin hanya sementara dan tidak terlanjur menjadi kronik.

Sebagai ibubapa, anda memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan anak-anak. Mereka tidak dapat memikirkan keburukan makanan yang diambil dan kebiasaanya mengambil mengikut sedap mulut. Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Mereka mengikut melalui contoh. Bersama kita membentuk generasi yang lebih baik daripada rumah lagi.

Rujukan
http://emedicine.medscape.com/article/889877-overview
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure-in-children/basics/definition/con-20033799

Senaman-Kanak-kanak

 

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini