Kanak Obes VS Ibu Hamil

Lihatlah sekeliling kita, tidak perlu lihat jauh-jauh. Setiap tahun kita lihat banyak kanak-kanak yang terlebih berat badan. Isu obesiti kanak-kanak merupakan satu isu global sekarang. Banyak kanak-kanak menderita masalah berat badan yang sama seperti orang dewasa. Jika ini berterusan, ini lah bentuk masa depan yang akan dicipta kelak. Isu ini semakin panas dibincangkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Graf menunjukkan peningkatan ketara tahap obesiti di kalangan kanak-kanak

Kursus Kecergasan 2024

Kita sendiri pun mungkin rasa sukar untuk turunkan berat badan ketika usia pertengahan, remaja, dewasa apatah lagi jika mula obes ketika zaman kanak-kanak. Sudah waktunya menghentikan krisis obesiti yang meluas dan mengurangkan kos perubatan pada masa depan.

Pertama sekali kita harus mulakan dengan anak-anak kita. Jika mereka dilahirkan dngan badan yang cenderung untuk masalah obesiti maka mereka mempunyai sedikit harapan bagi mendapatkan berat badan yang sihat di masa depan mereka. Para penyelidik sedang mengkaji masalah ini dan telah telah menemui petunjuk untuk menghentikan masalah berat badan ini.

Mulakan penjagaan dari dalam rahim

Para penyelidik dari Sekolah Perubatan Harvard telah mengkaji bagaimana diet wanita hamil mempengaruhi berat badan anak mereka selepas 3 tahun. Dalam lebih 1000 wanita, mereka yang makan dalam jumlah yang tinggi asid omega-3 berasaskan marin ketika mereka hamil ditambah dengan jumlah yang lebih tinggi asid lemak perlu dalam darah tali pusat saat bayi mereka lahir adalah kurang cenderung melahirkan anak yang menjadi gemuk pada usia 3 tahun.

Walaupun perempuan mengandung ada makan ikan ketika mengandung tetapi bukan semua mendapat kandungan omega-3 DHA yang disyorkan sekitar 200mg sehari kerana kebanyakan ikan yang dimakan rendah omega-3. Makanan tinggi omega-3 lemak ikan seperti ikan salmon, trout, mackerel dan sardin. Telur juga mengandungi jumlah tinggi DHA hari ini.

Menurut kajian hanya 3% dari wanita hamil yang dikaji mengambil omega-3 dalam jumlah yang disarankan di saat hamil, khususnya beberapa bulan terakhir ketika sejumlah besar DHA dipindahkan daripada ibu kepada bayi untuk menyokong perkembangan otak dan mencegah obesiti.

Isu nasi lemak di kantin sekolah yang hangat diperkata

Secara keseluruhannya, peluang untuk anak kecil menjadi gemok ketika membesar adalah 32 peratus lebih rendah jika mendapat jumlah lemak omega-3 dan DHA yang cukup ketika mereka berada di dalam rahim.

Bak kata pepatah orang melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membentuk anak biarlah dari saat belum lahir lagi. Ingat, kita sebagai yang dewasa ini, sebagai ibu-bapa, kita lah yang menentukan masa depan generasi akan datang.

Antara program di jalankan di Zaki Khan untuk kanak-kanak
Program Fit Kid

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Kanak Obes VS Ibu Hamil

  1. Shamsul Anuar Aliash says:

    Walaupun boleh dicegah ketika wanita2 hamil, tp ketika peringkat tumbesaran, diet pemakanan anak2 perlu dijaga. jgn persalahkan makanan2 atau franchise makanan segera, tp salahkan diri sendiri kerana membenarkan racun2 makanan masuk ke tubuh badan anak2 dan diri sendiri.

    ibu bapa adalah penting utk memberi contoh terbaik kepada anak2..tak lupa juga guru2 dan org2 kenamaan/popular

    1. btul. cuma ni salah 1 langkah pencegahan yg boleh dibuat. walaupun ada langkah pencegahan awal. tp jika tidak dijaga, mcm2 boleh jd gak.

  2. aie rudyz says:

    konsep ibu bapa yg menentukan anak itu obes atau tidak sy setuju…biasanya anak obes sebab parent diorang pon obes… environment pon memainkan peranan penting….kalau family itu jenis suka makan..n suka meraikan detik detik kegembiraan ngan mengadakan pesta makanan..maka tidak hairanlah makin kiut bebudak skrang…hehehe (sekadar pandangan)

    1. tu faktor2 besar. peranan ibu bapa dlm mencorak anak2. apa dorang akan jd pada masa dpan. anak2 dah dimanjakan dgn makanan. paling tidak pun mereka tidak diajar makan makanan yg sihat. tidak diajar gaya hidup sihat. bg video game, bg psp, xbox dan sbagainya.

  3. Now I feel silly. That’s cleared it up for me

  4. mohd zaki says:

    Dah ada anak sendiri skang baru tau! Setuju dgn entri ni.

Leave a Reply to mohd zaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: