Kanak-kanak Obes Dec25

Kongsi

Kanak-kanak Obes

Mengikut statistik kegemukan di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, sebanyak 15% daripada kanak-kanak dalam kategori obes. Manakala 15% berpontensi menjadi obes. 2/3 daripada kanak-kanak obes ini akan kekal dalam keadaan obes ketika dewasa. Peratusan ini terus meningkat dari semasa ke semasa. Itu statistik 5 tahun lepas. Agak-agak sekarang, berapa peratus? Fikirkan.

Kanak-kanak gemuk? Salah siapa? Bila bersama ahli keluarga, kita sering memuji dan membiarkan kanak-kanak makan, ‘takpe, sihat, bagi dia makan’. Kanak-kanak tu kecil lagi, apa yang dia peduli kalau badan dia naik. Ketika masuk alam persekolahan, ada kanak-kanak obes sudah mula rasa tersisih. Kawan mengejek dia gemuk, atau mungkin dia sendiri terasa bila bermain bola bersama rakan-rakan, sukar untuk dia mengejar bola atau pelbagai situasi lain. Tapi apa dia boleh buat? Adakah dia tahu bagaimana untuk kuruskan badan?Kursus Kecergasan 2017

Bila masuk alam remaja, ada yang boleh hidup gembira dan aktif seperti mereka yang lain tetapi dalam masa sama berdepan dengan pelbagai konflik dalaman yang mungkin tidak ditonjolkan. Bila tengok kawan-kawan mungkin ada teman lelaki atau teman wanita dan diri dia tiada sesiapa yang minat, diri mula rasa tersisih. Tak dinafikan, ada yang menerima dan pandai menggunakan kelebihan diri dalam pergaulan, tapi berapa ramai? Saya sendiri dulu ada client yang mana sampai tahap, nak keluar rumah pun malu, di rumah taknak makan apa-apa dengan harapan boleh kurus, berada dalam keadaan tertekan. Salah siapa dari awal? Ibu bapa atau penjaga seharusnya bertanggungjawab menjaga anak sejak kecil, bukan sahaja memberi pelajaran akademik tetapi juga bertanggungjawab untuk kesihatan anak-anak.

Kanak-kanak obes berhadapan dengan risiko sakit diabetis, masalah jantung dengan tahap cholestrol yang tinggi, tekanan darah tinggi, berdengkur (jangan ingat berdengkur itu normal), asma (banyak pakar berpendapat bahawa kegemukan kanak-kanak semasa kecil meningkatkan risiko sakit asma), sakit-sakit sendi, dan macam-macam lagi. Dahulu susah kita dengar orang sakit jantung pada usia muda, tapi kini umur 15 tahun pun ada. Antara yang jadi punca lagi, dulu mana ada play station, sekarang ini wajib ada. Dulu kanak-kanak aktif di luar, sekarang nak suruh keluar rumah kena paksa. Dulu makan mak masak, sekarang hari-hari mcd, kfc.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, adalah tanggungjawab kita untuk meletakkan sempadan untuk anak-anak. Sebagai contoh, kalau makanan segera, bukan cakap tak boleh makan, cuma jangan kerap, mungkin sebulan sekali. Bawa anak-anak untuk beriadah, bersenam, bersukan. Mungkin boleh buat aktiviti keluarga setiap hujung minggu, main badminton bersama, atau berbasikal bersama atau lain-lain. Bukan sahaja untuk kesihatan anak-anak tetapi dapat juga mengeratkan hubungan sesama keluarga. Galakkan anak-anak menyertai kegiatan kokorikulum di sekolah, aktiviti sukan di sekolah, bukan semata-mata akedemik, pagi sekolah, petang tuisyen, malam kelas tambahan.

Sempena cuti sekolah ini, marilah kita pelbanyakkan aktiviti untuk anak-anak. Tidaklah mereka terperap depan komputer setiap hari. Ingatlah, anak itu anugerah tuhan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube