Karbohidrat Jan08

Kongsi

Karbohidrat

Semua tenaga yang kita gunakan samada untuk bersenam, bermain, tidur atau aktiviti-aktiviti lain berasal dari tiga kelas makronutrien iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiga nutrisi ini penting bukan hanya sebagai bahan bakar tatapi juga untuk keseluruhan kesihatan.

Karbohirat dalam jumlah berat yang sama menghasilkan tenaga yang paling sedikit. Namun ia adalah jenis yang paling penting sebagai bahan bakar untuk latihan dan aktiviti lain.

Untuk latihan masa pendek seperti berlari pecut, karbohidrat sahaja yang merupakan bahan bakar yang mampu membekalkan tubuh tenaga dalam kadar yang cepat. Dalam beberapa minit yang pertama apa-apa aktiviti, karbohirat adalah sumber yang paling penting untuk memenuhi keperluan tenaga. Kemampuan untuk melakukan aktiviti sama pada masa seterusnya bergantung pada sumber simpanan karbohidrat dalam bentuk glikogen di otot.

NASC 2015

Walaupun tubuh kita tidak menggunakan lemak untuk kegiatan yang berintensiti rendah tetapi karbohidrat menjadi mangkin untuk pembakaran lemak. ‘Karbohidrat penting dalam pembakaran lemak’. Karbohidrat juga memainkan peranan penting dalam fungsi sistem sarat pusat. Otak misalnya menggunakan glukosa sebagai bahan bakar untuk beroperasi secara efisian.

Adakah diet mempengaruhi simpanan glikogen dalam otot?

Kebanyakan orang mempunyai sekitar 2000 kalori daripada glikogen tersimpan dalam otot. Tidur dalam lingkungan 8 jam dengan disertai dengan diet rendah karbohidrat dapat menurunkan secara dramatik simpanan glikogen ini. Ini dapat dilihat bila mana seseorang itu diet ‘tak makan nasi’. Badan dia akan mengecut dan nampak kecil tapi adakah lemak yang turun? Secara umumnya badan badan manusia normal, mampu menyimpan sekitar 15g karbohidrat utk 1 kilogram berat badan. Jadi mereka yang mempunyai berat 100kg berpotensi menyimpan sehingga 1500g karbohidrat atau bersamaan dengan 6000 kalori. 1g karbohirat membekalkan 4 kalori.

Ada beberapa jenis karbohidrat. Dalam diet penting untuk kita memahami jenis karbohidrat, yang mana boleh diambil dan patut kurangkan, bila nak ambil dan memahami pengaruh karbohidrat pada tubuh badan kita.

Monosakarida

Monosakarida adalah unit yang paling asas dalam karbohidrat. Contoh monosakarida adalah fruktosa (gula dalam buah-buahan) dan glukosa. Sel-sel boleh menggunakan terus glukosa yang ada dalam makanan sebagai tenaga, manakala fruktosa diubah menjadi glukosa dalam hati.

Disakarida

Gabungan dua monosakarida dipanggil disakarida. Sukrosa (contoh gula yang biasa ada kat rumah itu) adalah disakarida yang merupakan gabungan glukosa dan fruktosa. Gula dalam susu, laktosa adalah jenis disakarida lain. Nama lain untuk kedua-dua monosakarida dan disakarida adalah gula ringkas. Gula ringkas cepat diserap badan dan menyediakan sumber tenaga yang cepat.

Gula ringkas daripada minuman air buah dan air tenaga adalah pilihan yang baik untuk mengantikan semula bahan bakar setelah tamat latihan dimana ketika itu simpanan glikogen dalam badan sangat rendah.

Polisakarida

Kanji dan serat adalah polisakarida. Kanji adalah kombinasi ratusan monosakarida. Polisakarida juga dipanggil gula kompleks. Contohnya termasuk roti, kentang, nasi, pasta. Ia mengambil masa yang lama bagi tubuh untuk memecahkan gula kompleks dari gula ringkas.

Serat berbeza dari kanji kerana ia tidak boleh dicerna dan digunakan sebagai sumber tenaga. Ia merupakan komponen makanan yang penting. Kurang serat dalam badan biasanya dikaitkan dengan penyakit-penyakit degeneratif tertentu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini