Kardio Bakar Otot? Jun23

Kongsi

Kardio Bakar Otot?

“Bagaimana bakar lemak?”

Apabila keluar soalan ini, ramai yang akan jawab, buat kardio, kardio dan kardio. Masih jadi kepercayaan majoriti, kardio jangka masa lama pilihan yang baik. Sanggup setiap minggu sertai marathon dan sebagainya untuk menguruskan badan. Ada sesetengah pihak, beli jam Heart Rate Monitor (HRM) dengan harga ribuan ringgit.

Chronic Cardio = Excess Cortisol

Senaman kardio berlebihan menyebabkan hormon kortisol dirembeskan berlebihan. Lagi lama, lagi tinggi hormon kortisol dirembeskan. Kortisol merupakan hormon tekanan yang mempertahan lemak. Menurut kajian dalam Journal of Applied Physiology pada tahun 1976 mendapati paras kortisol berganda dalam tempoh 30 minit bersenam berbanding 10 minit, pada intensiti 75 peratus.

NASC 2015

Kortisol mengurangkan fungsi immunisasi, mengurangkan fungsi reproduktif, mengurangkan kepadatan tulang, menyimpan lemak dan menyebabkan otot hilang. Kortisol mengurangkan fungsi testosteron.

Testeosteron : Cortisol, tinggi = anabolic
Testeosteron : Cortisol, rendah = catabolic

Menurut kajian, terdapat perubahan sekitar 6 peratus ke serat otot jenis 1, daripada jenis 2. Masih ikut lagi serat otot? Tengok entri Serat Otot.

Entri
Jenis Otot dan Latihan
Jenis Otot

Kardio Bakar Otot

Seorang yang biasa melatih dirinya untuk aktiviti jarak jauh, cenderung mengaktifkan serat jenis 1. Manakala yang biasa melatih aktiviti seperti latihan rintangan, HIIT dan sebagainya, lebih tinggi mengaktifkan serat jenis 2. Lebih jenis 1 bermaksud otot senang jatuh, lebih jenis 2 bermaksud otot senang dibina.

Ramai percaya pada konsep, defisit kalori dengan melakukan aktiviti berlebihan dalam konteks senaman kardio tetapi lupa badan manusia bersifat hemeostasis dengan cuba seimbangkan dengan apa kita ambil, apa aktiviti kita. Kajian menunjukkan, 40 peratus beban yang hilang ketika defisit kalori adalah daripada otot. Jika glikogen dibakar, air pasti disingkirkan juga berikutan glikogen diikat dengan air.

Kardio Berlebihan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini