Kardio Jangka Masa Panjang Aug19

Kongsi

Kardio Jangka Masa Panjang

Pernah dengar IGF-1? Saya rasa mungkin sebahagian ahli bina badan dah biasa dengar, yang mana ada yang mengggunakan untuk side growth dan sebagainya. IGF-1 bermaksud Insulin Like Growth Factor 1. Apabila IGF-1 tinggi, badan bertukar kepada non protein catabolic state di mana badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Senaman Kardio Bakar Lemak

Bagaimana meningkatkan IGF-1 dalam badan kita? Ada pelbagai kaedah termasuk intermittent fasting. Entri kali ini, saya nak cerita bagaimana senaman dapat meningkatkan paras IGF-1. Menurut kajian, latihan daya tahan otot atau endurance membantu meningkatkan IGF-1 yang diikat dengan protein, IGFBP-1. Ada banyak kajian termasuk Nindl (2009), Berg (2008), dan Koistinen (1996) menunjukkan, badan mengambil masa sekitar 12 hingga 24 jam untuk kembali ke paras normal selepas sesi latihan aerobik untuk 1 jangka masa yang panjang. Peningkatan IGF-binding ini hanya untuk latihan aerobik jangka masa panjang (seperti joging atau larian Hamster) dan bukan intensiti tinggi, masa pendek (seperti HIIT). Kajian seterusnya oleh Nindl mendapati tiada peningkat IGFBP-1 bagi mereka yang hanya buat latihan bebanan atau kategori anerobik.

NASC 2015

Entri kali ini saya tulis, berikutan persoalan, “Antara latihan HIIT dan Kardio seperti joging, yang mana lebih baik?” Adaptasinya pun berbeza. Boleh rujuk entri Sistem Kardiocaskular dan Senaman. Kedua-dua jenis senaman ini, ada adaptasi dan kesan yang berbeza. Buat kedua-duanya.

Rujuk juga entri
Kesan Afterburn

ZK: InsyAllah saya akan tulis lepas terperinci topik ini.

Rujukan
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15832492
http://circ.ahajournals.org/content/107/1/e2.full
http://scienceandreason.blogspot.com/2008/06/igf-1-calorie-restriction-exercise-and.html

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini