Kecoh Isu Double Stemcell Feb21

Kongsi

Kecoh Isu Double Stemcell

Dalam sehari dua ini, kecoh pasal produk Double Stemcell. Seorang penyelidik dan pengkaji Stem Cell, Dept of Hematology & Oncology, Research Center for Regenerative Medicine, Research Center for Cancer Stem Cell, Tokai University School of Medicine, Kanagawa, Jepun iaitu saudara Ibrahim Abdul Aziz tampil mahu berkongsi dan melemparkan beberapa persoalan kepada kalangan Jutawan, upline & juga downline Double Stemcell Phytoscience (DCS) ini.

NASC 2015

Beliau tampil dengan soalan:

1.Apakah definasi spesifik stem cells yang terkandung di dalam apple & grape?

Sebagai contoh, saya determine human stem cells dalam darah tali pusat (cord blood stem cells) sebagai sel yang mempunyai surface marker CD34-positive, CD38-negative & CD133-positive expression cell adalah stem cells yang boleh regenerate darah & salur darah.

Atau pun contoh lain, sel yang mempunyai protein keratin-19, protein Lgr5 & p63 sbgai epidermis/epithelial stem cell yang boleh regenerate kulit pada manusia. Memang tidak dapat dinafikan pada pucuk, akar & buah tumbuh-tumbuhan mengandungi stem cell atas sebab kita nampak berlakunya pertumbuhan & regeneration di situ.

Tapi, apa bukti spesifik stem cellnya? So, jangan terkejut lepas ini ada orang cakap kat pucuk ubi & akar (ubi kayu) itu pun ada stem cell. Kalau tiada definasi spesifik, macam mana boleh tahu dalam buah apple & grape tuh ada stem cellnya? Berapa peratus kandungan stem cells dalam buah apple & grape tersebut? Berapa peratus kandungan stem cells yang masih hidup & aktif dalam bungkusan serbuk DSC tuh?

2. Stem cell manusia pun, apabila nak guna (melalui transplantation) kena check HLA (DNA) pada penerima. Sebabnya, kalau penerima berlainan HLA (melebihi 2/6), maka akan berlaku reject reaction, dan stem cell manusia yang dipindahkan kepada penerima tersebut akan mati akibat reject reaction. Begitu juga, sekiranya stem cells haiwan dipindahkan kepada manusia. So, apatah lagi plant stem cell.

Mana ada rawatan regenerative stem cell dilakukan melalui pemakanan masuk mulut. Stem cell tumbuhan seperti apple & grape hanya berkesan untuk regenerate tissue kt pokok apple & grape sahaja laa. Pokok apple & grape ada high blood pressure, stroke & diabetes ke?

3.Kesan “epigenetic”?? Pulak dah. “plant stem cell mempunyai epigenetic yang menyerupai adult human stemcell”?
Ada tak penyelidikan artikel lain yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli itu menerangkan pasal kesan “epigeneticstem cell apple & grape ini?

Mengikut bacaan saya di dalam research article pada journal Phytochem Rev. 7, pp599-605, 2008 & SOFW Journal 134, pp30-35, 5-2008 yang dibentangkan oleh Dr Fred Zulli (Mibelle Biochemistry, Switzerland, pengasas produk DSC) tiada pulak cerita pasal kesan epigenetic daripada stem cell apple & grape.

Pada pendapat saya, kalau tak boleh bagi direct evidence & explanation pada statement #1 di atas, memang tidak boleh laa nak berhujah menjawab statement #3 nih.

4.Kalau betul plant stem cell daripada apple & grape ini boleh regenerate tissue & organ pada manusia & penemuan ini disertakan bukti saintifik (publish article dalam journal seperti Nature & Cell Stem Cells, journal impact factor >30), Dr Fred Zulli itu boleh dapat Nobel Prize laa nanti. “Semoga Dr Fred Zulli berjaya & good luck

Ditambah hangat dengan komen Dr Norhazilan Md Noor.

Double Stemcell Merapu

ZK: Apa komen anda? Komen saya senang saja, jika sijil halal boleh tipu, KKM boleh tipu, adakah produk betul?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini