Kejang Jul26

Kongsi

Kejang

Kebanyakan daripada kita mesti pernah mengalami kekejangan, sama ada ketika latihan atau masa-masa lain seperti ketika tidur, bangun tidur dan sebagainya.

NASC 2015

Apa penyebab kejang dan cara mencegahnya?

Dehidrasi – Kekeringan antara penyebab utama kekejangan. Kebanyakan daripada tidak minum air dengan cukup. Kaedah mudah yang digunapakai untuk menentukan sama ada seseorang itu dehidrasi adalah dengan melihat warna air kencing. Secara logiknya, lebih gelap air kencing lebih dehidrasi seseorang. Air kencing harus jernih atau paling ringan warna kuning muda. Warna air kencing jika mungkin berubah disebabkan faktor-faktor lain.

Terlalu panas – Badan atau tisu otot yang terlalu panas boleh mencetuskan kekejangan. Pastikan anda kekal memasukkan air jika suhu badan meningkat. Masukkan air dengan suhu 2 hingga 4 darjah celcius untuk memastikan air terus turun ke tisu otot yang memerlukan. Air sejuk dan bukannya air ais.

Sodium – Kekurangan garam sodium yang mana merupakan salah satu elektrolit penting boleh menyebabkan kekejangan. Semasa senaman, elektrolit keluar melalui peluh. Masalah kekejangan ini biasa berlaku pada mereka yang tengah diet garam. Sediakan air minuman isotonik seperti 100 plus jika perlu. Manusia biasa memerlukan 1.6 hingga 2.4 gram sodium setiap hari, manakala mereka yang aktif memerlukan lebih. Setiap aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama sejam, badan akan kehilangan secara purata 1.5 gram sodium melalui peluh.

Potassium – Potassium antara garam atau elektrolit yang hilang semasa berpeluh. Kekurangan potassium dipercayai faktor major penyebab kekejangan. Jika seseorang menggunakan diuretik, ia boleh memaksa badan mengeluarkan sejumlah besar potassium daripada badan. Pernah kejang ketika melakukan sit-up atau crunches? RDA menetapkan seorang yang normal memerlukan sekitar 4700 mg potassium sehari. Mereka yang aktif perlukan lebih. Antara sumber yang tinggi potassium termasuk kentang, pisang, lobak merah, sayur salari, air isotonik dan sebagainya.

Magnesium – Kekurangan magnesium juga boleh jadi penyebab kejang. Ia juga boleh mengurangkan prestasi dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Manusia normal memerlukan sekitar 420 mg sehari dan mereka yang aktif memerlukan lebih. Sumber yang tinggi magnesium termasuk kacang, oat, soya, air isotonik dan sebagainya.

Kalsium – Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan pergerakan. Kekurangan kalsium biasa pada seorang atlet perempuan. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium. Kekurangan kalsium juga dikaitkan dengan kekejangan. Manusia biasa memerlukan sekitar 1000 mg sehari. Atlet yang aktif boleh menerima sehingga 2500 mg bergantung pada tahap aktivitinya. Kalsium boleh didapati daripada kebanyakan produk tenusu, sardin, tauhu, bayam, soya dan sebagainya.

Kelenturan – Masalah kelenturan atau fleksibiliti menjadi masalah biasa pada mereka yang bersenam di gym berikutan malas melakukan regangan. Adakah anda lakukan regangan?

Apa yang boleh dibuat sekiranya berlaku kekejangan ketika bersenam atau bersukan?

Perkara pertama yang perlu dibuat, pastukan anda tidak kejang dengan mengelak daripada faktor-faktor penyebab kejang. Jika masih berlaku kekejangan, lakukan regangan pada otot yang terlibat. Lakukannya secara perlahan dan bukan paksaan. Apabila berlaku kekejangan, peredaran darah mungkin terhalang ke kawasan yang kejang, anda boleh lakukan urutan perlahan untuk menggalakkan darah mengalir ke situ. Anda boleh menggunakan minyak atau krim panas.

Selain itu, anda juga boleh gunakan teknik panas dan sejuk iaitu dengan menggunakan air panas dan ais secara selang seli. Mulakan dengan ais sekitar 10 hingga 15 saat diikuti air panas 10 hingga 15 saat. Ia diulang beberapa kali sehingga anda rasa lega. Minum air isotonik atau air yang mengandungi elektrolit untuk menggantikan kehilangan elektrolit ketika bersenam. Minum sebanyak mungkin air selagi tidak menyebabkan sakit perut.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini