Kekal Cergas Semasa Bercuti

Lakukan senaman circuit untuk mendapatkan badan yang cergas dan pinggang ramping

Apakah cara terbaik untuk kekal cergas jika anda sedang bercuti atau anda seorang yang kerap berjalan? Saya sendiri boleh dikatakan hampir setiap minggu berjalan dan kini sedang berada di Saigon, Vietnam untuk tempoh 4 hari.

Saigon, Vietnam

Kursus Kecergasan 2024

Pertama:

Pertama sekali, kenapa anda bercuti? Adakah kerana tugas? atau kerana betul-betul ingin bercuti setelah puas menikmati kehidupan dan keganasan kota? Jika tujuannya untuk berehat, kenapa perlu tinggalkan rutin harian bersenam sebelum ini dan kembali seolah-olah budak baru? Kemudian pulang daripada bercuti dengan tambahan berat badan? dah elok-elok bercuti untuk hilangkan tekanan, balik bertambah tekanan bila tengok mesin penimbang.

Kedua:

Jika anda tahu anda akan akhiri percutian dengan pertambahan berat badan, pengurangan tahap kecergasan, apa salahnya rancang perjalanan anda 2 hingga 4 minggu lebih awal sebelum bertolak dengan bekerja lebih keras. Sekurang-kurang anda berpeluang hilang sekitar 2 hingga 4 kilogram lemak jika mengikut program latihan dan diet yang betul.

Ketiga:

Rancang menu anda. Walaupun kekadang anda ke tempat orang, nak merasa masakan sana. Tetapi ada beza ‘merasa’ dan ‘melantak’. Pastikan jaga kekerapan makan. Jangan mengelak menu. Pastikan jika boleh 6 hingga 8 kali sehari. Bawa snek yang boleh dimakan seperti bar protein jika ada. Paling tidak pun jika tiada, bar fibre agak murah di pasaran. Pastikan badan anda tidak berada dalam mood kelaparan.

Keempat:

Walaupun mungkin agak sukar mendapatkan makanan yang sihat di tempat orang, tetapi jika boleh, cuba lengkapkan keperluan gizi. Dalam setiap menu pastikan ada protein, karbohidrat dan lemak yang baik. Cuba kurangkan makanan berminyak yang terang-terang nampak minyaknya. Jika boleh set dalam minda sebelum masuk kedai makan untuk makan makanan yang sihat. Jika tidak anda cenderung untuk memesan makanan yang nampak sedap dalam menu.

Saigon, Vietnam

Kelima:

Dapatkan rutin kecergasan di luar. Sertai aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan. Jika di pulau-pulau, boleh berenang. Jika di kawasan hutan, boleh jungle trekking dan sebagainya. Jika duduk di hutan batu (bandar), boleh buat aktiviti ringan seperti naik turun tangga dan sedikit kondisasi otot menggunakan berat badan sendiri di dalam bilik. Jika tiada fasiliti gym di tempat itu, lupakan sebentar. Jangan terlalu terikat dengan senaman di gymnasium sahaja.

Selamat Bercuti!!!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Kekal Cergas Semasa Bercuti

  1. nurul_fatihah says:

    dato g bercuti x ajak pun

      1. mai2, tinggal kt gua niah je

  2. As salam En Zaki, jika kita makan prtien sejak awal pagi dan trainning ptg…protien mash ada d simpan yg pagi tadi pg nya? Sebaik nya protien d makan sblm or slps trainning?

    2. Hari ni trainning, esok rest..hari yg saya rest tu nk kena mantain mkn protien mcm biasa ke atau bole kuarng or abai kan?

    1. 1. tidak. jangka masa purata dlm 3 jam

      2. maintain. bila x train, time tu bdn perlukan nutrien utk repair tisu2 yg rosak due to training

      1. thanx sgt2…firstime join ni…exctd hu…pagi tadi htr soalan di opis, ptg balik rumah tgk2 dah reply…happy giler, da berjaya..! Thanx En Zaki. TQVVMuch.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: