Kekal Cergas Semasa Bercuti
Apakah cara terbaik untuk kekal cergas jika anda sedang bercuti atau anda seorang yang kerap berjalan? Saya sendiri boleh dikatakan hampir setiap minggu berjalan dan kini sedang berada di Saigon, Vietnam untuk tempoh 4 hari.
Pertama:
Pertama sekali, kenapa anda bercuti? Adakah kerana tugas? atau kerana betul-betul ingin bercuti setelah puas menikmati kehidupan dan keganasan kota? Jika tujuannya untuk berehat, kenapa perlu tinggalkan rutin harian bersenam sebelum ini dan kembali seolah-olah budak baru? Kemudian pulang daripada bercuti dengan tambahan berat badan? dah elok-elok bercuti untuk hilangkan tekanan, balik bertambah tekanan bila tengok mesin penimbang.
Kedua:
Jika anda tahu anda akan akhiri percutian dengan pertambahan berat badan, pengurangan tahap kecergasan, apa salahnya rancang perjalanan anda 2 hingga 4 minggu lebih awal sebelum bertolak dengan bekerja lebih keras. Sekurang-kurang anda berpeluang hilang sekitar 2 hingga 4 kilogram lemak jika mengikut program latihan dan diet yang betul.
Ketiga:
Rancang menu anda. Walaupun kekadang anda ke tempat orang, nak merasa masakan sana. Tetapi ada beza ‘merasa’ dan ‘melantak’. Pastikan jaga kekerapan makan. Jangan mengelak menu. Pastikan jika boleh 6 hingga 8 kali sehari. Bawa snek yang boleh dimakan seperti bar protein jika ada. Paling tidak pun jika tiada, bar fibre agak murah di pasaran. Pastikan badan anda tidak berada dalam mood kelaparan.
Keempat:
Walaupun mungkin agak sukar mendapatkan makanan yang sihat di tempat orang, tetapi jika boleh, cuba lengkapkan keperluan gizi. Dalam setiap menu pastikan ada protein, karbohidrat dan lemak yang baik. Cuba kurangkan makanan berminyak yang terang-terang nampak minyaknya. Jika boleh set dalam minda sebelum masuk kedai makan untuk makan makanan yang sihat. Jika tidak anda cenderung untuk memesan makanan yang nampak sedap dalam menu.
Kelima:
Dapatkan rutin kecergasan di luar. Sertai aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan. Jika di pulau-pulau, boleh berenang. Jika di kawasan hutan, boleh jungle trekking dan sebagainya. Jika duduk di hutan batu (bandar), boleh buat aktiviti ringan seperti naik turun tangga dan sedikit kondisasi otot menggunakan berat badan sendiri di dalam bilik. Jika tiada fasiliti gym di tempat itu, lupakan sebentar. Jangan terlalu terikat dengan senaman di gymnasium sahaja.
Selamat Bercuti!!!
dato g bercuti x ajak pun
jom2, sempat lg ni. selasa baru balik. 😀
brunei2…
ye, nanti insyAllah sampai la miri tu. boleh bawa sy ke brunei
mai2, tinggal kt gua niah je
xde hal. dah biasa berkhemah ni. 😀
As salam En Zaki, jika kita makan prtien sejak awal pagi dan trainning ptg…protien mash ada d simpan yg pagi tadi pg nya? Sebaik nya protien d makan sblm or slps trainning?
2. Hari ni trainning, esok rest..hari yg saya rest tu nk kena mantain mkn protien mcm biasa ke atau bole kuarng or abai kan?
1. tidak. jangka masa purata dlm 3 jam
2. maintain. bila x train, time tu bdn perlukan nutrien utk repair tisu2 yg rosak due to training
thanx sgt2…firstime join ni…exctd hu…pagi tadi htr soalan di opis, ptg balik rumah tgk2 dah reply…happy giler, da berjaya..! Thanx En Zaki. TQVVMuch.
ok, yg smalam call tu ke?