Kekejangan Otot Mar10

Kongsi

Kekejangan Otot

Juga dikenali sebagai ‘muscle spasm/cramp’ dalam bahasa inggeris, Kekejangan otot adalah penguncupan otot secara tiba-tiba dan tidak terkawal satu kumpulan otot atau organ berongga seperti jantung dan pengecutan tiba-tiba orifis. Kebiasaannya ia berlaku dengan kesakitan yang amat secara tiba-tiba pada otot, tetapi biasanya tidak berbahaya dan akan reda selepas beberapa minit.

Antara punca-punca kekejangan otot ialah penyahhidratan, lebihan bebanan pada otot (‘muscle overload’), dan ketiadaan/kekurangan elektrolit. Pengecutan otot tidak terkawal juga mungkin boleh disebabkan oleh keadaan perubatan, termasuk ‘dystonia’. Kekejangan otot hipertonik (hipertonia) adalah keadaanresidual muscle tension/tonus’ yang berlebihan dan kronik, atau ketegangan dalam otot berehat (jumlah penguncupan yang kekal ketika otot tidak aktif bekerja). Rendah kandungan natrium, kalium, dan/atau magnesium juga antara faktor penyumbang kepada kekejangan otot. Terdapat pelbagai sebab dan punca pengecutan otot yang tidak terkawal dan tidak sedar ini, ada yang mungkin lebih serius, bergantung kepada keadaan.

Otot rangka bekerja sebagai pasangan bercanggah (‘antagonistic pairs’). Penguncupan otot rangka memerlukan pengembangan otot lawan untuk bertindak sebagai satu pasangan. Kekejangan boleh berlaku apabila otot tidak dapat untuk berehat dengan betul disebabkan oleh gentian myosin tidak sepenuhnya tercerai dari filamen actin.

Dalam otot rangka, ATP mesti melekat pada kepala myosin untuk ia memisahkan diri dari actin dan membenarkan keadaan rehat (‘relaxation’) – ketiadaan ATP dalam kuantiti mencukupi bermaksud kepala myosin kekal melekat kepada actin. Percubaan untuk memaksa otot yang mengalami kekejangan dengan cara ini untuk pemanjangan/pengembangan (dengan berlakunya kontraksi pada otot lawan) boleh menyebabkan tisu otot koyak dan memburukkan lagi keadaan. Otot mesti dibenarkan untuk pulih (sintesis semula ATP), sebelum gentian myosin boleh diceraikan dan seterusnya membenarkan otot untuk berehat.

Mengikut kajian, aktiviti regangan membantu dalam rawatan kekejangan otot yang tidak serius. Masalah kekejangan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan elektrolit (terutamanya ketiadaan/kekurangan natrium), garam mampu membantu. Sebagai langkah mencegah, adalah baik jika kita pastikan persediaan fizikal, mental dan keperluan cecair/imbangan elektrolit yang mencukupi untuk mengelakkan kekejangan otot.
banana_0

Antara sumber utama kalium.
drinking-water
Peminuman air yang kerap boleh membantu badan untuk sentiasa terhidrat dan membuat otot kurang berkemungkinan untuk kejang.

Nota Tambahan
‘Angina’ adalah kekejangan otot jantung, berlaku apabila ia tidak mendapatkan bekalan darah (oksigen) yang mencukupi. Ia dikaitkan dengan aterosklerosis, bahasa mudahnya ialah “pengerasan arteri”. Ia biasanya dirasai seperti tegangan otot yang pedih di dada, kadang-kadang boleh berkembang ke leher, bahu dan rahang. Medikasi sering digunakan untuk rawatannya, walaupun sakit secara tiba-tiba, kesakitan yang semakin teruk, dan kekejangan yang berlangsung selama lebih daripada 10 minit boleh menjadi tanda-tanda serangan jantung akan datang.
images

“The doctor of the future will no longer treat the human frame with drugs, but rather will cure and prevent disease with nutrition.”
-Thomas Edison –

Akasa Bina

Akasa Bina atau nama sebenarnya Alif Syamim Syazwan Ramli merupakan seorang Terapis Senaman, Jurulatih Peribadi dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Bertindak sebagai Strength and Conditioning Coach untuk Team Zaki Khan, dan juga merupakan penulis kedua webblog Zaki Khan. Menjadi atlit sukan Pencak Silat dan juga sebahagian dari barisan atlit Strongman. Pernah menyertai latihan ketenteraan selama 3 tahun.

Disamping aktif dengan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan untuk tujuan membantu masyarakat di Malaysia dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, beliau juga merupakan seorang penyelidik dan kini sedang meneruskan pengajian lanjutan di UPM dengan tumpuan kepada Aerodinamik dan Biomekanik (Avian). Banyak terlibat dalam konferens-konferens antarabangsa di dalam dan luar negara. Pernah menyertai projek antarabangsa di Aachen University of Applied Science, Aachen, Jerman pada tahun 2010.

Facebook Twitter