Kekeliruan Metabolik Feb08

Kongsi

Kekeliruan Metabolik

‘Kenapa aku gemuk?’

Satu persoalan yang bermain di minda. Nak kata makan banyak, tidak. Kalau makan banyak dan badan naik, itu logik. Tapi bagaimana dengan mereka yang kurang makan?

Kursus Kecergasan 2017Cuba tengok contoh di bawah;

Isnin : 2300 kalori
Selasa : 1400 kalori
Rabu : 2000 kalori
Khamis : 2600 kalori
Jumaat : 1900 kalori
Sabtu : 3400 kalori
Ahad : 1200 kalori

Andaikan menu tersebut untuk seorang yang memerlukan 2500 kalori sehari. Dia tidak melakukan senaman tetapi mengawal pemakanannya dengan harapan beratnya tidak naik. Pada hari Isnin, dia makan 2300 kalori, bermakna ada pengurangan 200 kalori. Pengurangan 200 kalori termasuk dalam defisit yang baik. Hari Selasa, tiba-tiba dia sibuk dan hanya sempat makan 1400 kalori. Berlaku pengurangan mengejut sebanyak 1100 kalori. Ketika ini, badan akan mempertahan lemak daripada dibakar kerana menjangka dirinya dalam keadaan kebuluran.

Pada hari Rabu, dia makan 2000 kalori. Ketika ini berlaku apa yang kita panggil kekeliruan metabolik. Badan tiba-tiba mendapat kalori yang tinggi. Badan akan menyimpan 700 kalori yang berlebihan daripada hari sebelumnya sebagai lemak. Pada hari Khamis, dia makan 2600 kalori iaitu 1200 kalori lebih daripada hari selasa yang juga melebihi keperluannya sebanyak 2500. Badan akan cuba menyimpan sebanyak mungkin daripada 1200 kalori itu sebagai lemak.

Pada hari Jumaat, berlaku pengurangan lagi mungkin disebabkan banyak perkara perlu diselesaikan sebelum bercuti. Dia hanya makan 1900 kalori. Pada hari Sabtu, dia memikirkan hari cuti, boleh buat cheat day, maka makan 3400 kalori. Berapa banyak badan akan simpan sebagai lemak? dan pada hari Ahad, tiba-tiba rasa bersalah kerana makan terlalu banyak dan dia membuat keputusan untuk kurangkan makan sehingga 1200 kalori. Ketika ini badan kembali ke mood kebuluran.

Kitar ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan peratus lemak bertambah tinggi dan kadar metabolisme merosot. Seterusnya menyebabkan dia gemuk. Selepas gemuk, dia terfikir untuk bersenam tetapi kitar yang sama masih berulang. Akhirnya selepas 10 tahun pun tiada hasil.

Inilah apa yang dipanggil kekeliruan metabolik. Dalam diet, adalah penting untuk menyama ratakan kalori setiap hari kecuali hari yang ada cheat meal, mungkin seminggu sekali. Jika setiap hari berlaku perubahan kalori, percayalah, anda tidak akan berjaya atau mengambil masa yang sangat lama dalam diet. Faktor inilah menyebabkan ramai gagal dalam diet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube