Kekeliruan Metabolik

‘Kenapa aku gemuk?’

Satu persoalan yang bermain di minda. Nak kata makan banyak, tidak. Kalau makan banyak dan badan naik, itu logik. Tapi bagaimana dengan mereka yang kurang makan?

Kursus Kecergasan 2024Cuba tengok contoh di bawah;

Isnin : 2300 kalori
Selasa : 1400 kalori
Rabu : 2000 kalori
Khamis : 2600 kalori
Jumaat : 1900 kalori
Sabtu : 3400 kalori
Ahad : 1200 kalori

Andaikan menu tersebut untuk seorang yang memerlukan 2500 kalori sehari. Dia tidak melakukan senaman tetapi mengawal pemakanannya dengan harapan beratnya tidak naik. Pada hari Isnin, dia makan 2300 kalori, bermakna ada pengurangan 200 kalori. Pengurangan 200 kalori termasuk dalam defisit yang baik. Hari Selasa, tiba-tiba dia sibuk dan hanya sempat makan 1400 kalori. Berlaku pengurangan mengejut sebanyak 1100 kalori. Ketika ini, badan akan mempertahan lemak daripada dibakar kerana menjangka dirinya dalam keadaan kebuluran.

Pada hari Rabu, dia makan 2000 kalori. Ketika ini berlaku apa yang kita panggil kekeliruan metabolik. Badan tiba-tiba mendapat kalori yang tinggi. Badan akan menyimpan 700 kalori yang berlebihan daripada hari sebelumnya sebagai lemak. Pada hari Khamis, dia makan 2600 kalori iaitu 1200 kalori lebih daripada hari selasa yang juga melebihi keperluannya sebanyak 2500. Badan akan cuba menyimpan sebanyak mungkin daripada 1200 kalori itu sebagai lemak.

Pada hari Jumaat, berlaku pengurangan lagi mungkin disebabkan banyak perkara perlu diselesaikan sebelum bercuti. Dia hanya makan 1900 kalori. Pada hari Sabtu, dia memikirkan hari cuti, boleh buat cheat day, maka makan 3400 kalori. Berapa banyak badan akan simpan sebagai lemak? dan pada hari Ahad, tiba-tiba rasa bersalah kerana makan terlalu banyak dan dia membuat keputusan untuk kurangkan makan sehingga 1200 kalori. Ketika ini badan kembali ke mood kebuluran.

Kitar ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan peratus lemak bertambah tinggi dan kadar metabolisme merosot. Seterusnya menyebabkan dia gemuk. Selepas gemuk, dia terfikir untuk bersenam tetapi kitar yang sama masih berulang. Akhirnya selepas 10 tahun pun tiada hasil.

Inilah apa yang dipanggil kekeliruan metabolik. Dalam diet, adalah penting untuk menyama ratakan kalori setiap hari kecuali hari yang ada cheat meal, mungkin seminggu sekali. Jika setiap hari berlaku perubahan kalori, percayalah, anda tidak akan berjaya atau mengambil masa yang sangat lama dalam diet. Faktor inilah menyebabkan ramai gagal dalam diet.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

44 thoughts on “Kekeliruan Metabolik

  1. patutla selama ni aku badan aku maintain je gemuk walaupon banyak ke skit makan…. adakah ini pucanya

  2. klu org yg mkn byk tp tetap kurus? bagaimana dgn metabolik mereka? boleh buat entry psl ni?

  3. btul gak tu,nak tau org yg mkn byk tp tetap kurus?metabolik mereka mcm mana?sbb sy kurus..

  4. tebo sayfol says:

    tq dato…good info

  5. salam dato’..sya nk tya skit la..oof topik jap..knapa bila sya buat exercise abs,,sya bt skit ja exercise tu,,n bla buat, bhgian perut tu dya jd mcm tarik kejang n cekang knapa ekk..pedih amat

    1. mungkin garam kurang dlm diet. lebihkan potassium, amik dari sumber salary/pisang

  6. lambadaman says:

    BRO-SCIENCE ~~~ (+____+)

  7. salam dato..lari topik jap…sy berbadan chubby…tinggi 176 n berat 95kg..lepas bekerja badan mmg naik…sebulan lepas sy dah start my diet n workout berpandukan youtube…jd pertanyaan saya:
    1. adakah cara workout youtube contohnya sixpackshortcut, extreme home full body workout dan p90x itu berkesan? sy susah utk ke gym sbb bertugas di pendalaman. jd homeworkout sahaja bolehkan mendapat badan yg diidamkan?
    2. adakah badan yg gemuk still memerlukan protien tambahan like whey n gainer? tidakkah ia menggemukkan?
    3. adakah fatburner berbentuk pill itu bagus?
    maaf banyak bertanya. trima dato.

    1. wslm
      1. berkesan ke x, tgk pada result nya. adakah menunjukkan hasil?
      2. memerlukan protein, tp tidak semestinya daripada supplement. makan natural pun boleh
      3. mungkin membantu, mungkin merbahaya. bergantung pada keadaan diri, makanan dll faktor

      1. thanks dato..stkat nie turun lah 5 kg dlm sebulan..tapi badan sakit sket lah…dato..lagi satu…if badan kita after workout tu rasa sengat exp bahagian otot besar..adakah ia terluka or mmg kesan dr workout tu…or need a rest atau kita boleh sambung next workout next day walaupun otot itu masih sakit….tq dato

  8. salam dato’..macam mana pulak dgn diet cara intermittent fasting.ada teknik diet ni sesuai utk cutting..or metabolik akan menurun klu diet mcm ni.

    1. ada seseorang cuba popularkan diet ni. berdasarkan menjelasan logik, bdn akan turn to catabolic state. tp base on new research. total kalori dikira berdasarkan total kalori sehari.

  9. Salam Dato’ maaf lari topik. Saya ada soalan bagaimana ingin mendapatkan chest middle line/ inner chest?

      1. Terima kasih banyak Dato’ !

  10. salam dato,adakah mitchondria salah satu bahagian myofibril spt otot harmstring terbahagi kepada 2 otot

    1. wslm, soalan x brapa clear. mitochondria kilang pemprosesan atau pembakaran di sel

  11. salam dato’, lari dr topik ni, nak tye, sy spatutnya main gym hari2, tp sy skolah, bru msk form6, jadual pemakanan sy pn dah lari sbb sekolah, jd mcm mana nak stabil kan balik ? dato’ ada cadangan makanan apa2 tak ? roti pn sy dh kurg mkn, nasi pn mkn dh x ikut, then ptg nk g gym , tp bile pemakanan dah lari, jd x larat ptang, mcm xde energy je. klu dato blh bg cth2 makanan ke..

    1. susah kalau x jaga pemakanan. cuba try masak pagi2. bawa bekal ke sekolah.

      1. sy x pandai masak lah dato’. haha. tp xpe r, try main split.

  12. dato..nk tanya,klu sy yg kurus mcm mna pula??setiap hari mesti tmbah kndungan calori dlm mkn ke?mintak tunjuk ajar,,,

  13. Salam dato..sy nk tnya ttg keperluan kalori harian ketika cutting phase.adakah kkh perlu dikurangkan drpd sizing phase ataupun sama spt kkh sizing phase?
    then selain drpd fat burner,adakah penggunaan glutamine perlu semasa cutting phase?
    utk pengetahuan dato sy dh nk try ke cutting phase dan try utk dptkan body type spt fitness model.berat sy skrg 80kg tinggi 175cm.
    Hrp dato blh bg panduan utk sy.time ksh..

    1. guideline: kurang 10% daripada keperluan semasa.
      glutamine lebih pada recovery. train berintensiti tinggi, termasuk high rep, boleh amik. bukan kata wajib amik dlm bentuk supplement, bergantung pada budject.

  14. fizaamani says:

    Salam Dato, berapakah minimum kalori yang perlu diambil untuk satu hari? sbg contoh, saya perlu ambil 2000 kalori untuk sehari, katakanlah kalau saya reducekan kalori saya dalam range 1200-1500 sahaja, adakah ianya akan berkesan untuk menurunkan berat badan? btw, saya dah turun 5kg sejak ikuti dan baca blog dato ni, nasihat dan panduan dalam blog nie amat membantu untuk saya turunkan berat badan sy. Terima kasih 🙂

    1. sy cadangkan, kurangkan sekitar 10-15% daripada keperluan sahaja. jgn terlalu rendah. nanti bdn mengecut terlalu cepat. kulit x mengecut secepat isi.

  15. Salam Dato,saya nak tahu saya sekarang amalkan diet ikut metabolic badan saya jenis balance oxidizer diet ni tak ambil gula dan makan secara balance
    ini menu sepeti dibawah

    Breakfast

    Roti wholemeal 1 kpg +peanut butter
    susu skimmilk

    Lunch

    nasi ponni 1/3
    Ayam dada bakar
    sayur salad+sawi tumis 1 sudu minyak canola

    Snack
    apple 1 biji

    Dinner
    Nasi ponni 1/3
    ayam/ikan bakar
    salad/sayuran hijau

    datorasa menu saya ni sesuai atau kurang sangat kalori badan saya memerlukan 2,000kl

    Setakat ni 6 hari dah turun 2kg.buat masa ni sy tak boleh buat exercise sebab bersalin czer

    1. clean tp kalau compare dgn 2000 kalori, agak rendah. bdn mmg akan kecut, tp kalau boleh aim turun lemak drpd turun berat sahaja.

  16. as-salam
    Saya nak tanya soalan lari dari tajuk di atas. perihal berat badan atas sbb kegemukan, bina badan n jantung.
    Logiknya…kalu org gemuk jantung perlu berkerja keras utk mengepam darah keseluruh tubuh, juga mungkin disbbkan arteri koronari tersumbat dll. lama kelamaan, ini yg boleh menyebabkan serangan sakit jantung…
    …dlm bina badan, berat bdn juga akan meningkat disbbkan penambahan otot dan sebagainya….Soalan saya, adakah ia juga menyebabkan jantung akan bekerja lebih utk mengepam darah dan mengakibatkan SERANGAN JANTUNG…

    1. boleh.
      tp ada advantagenya bersenam,
      antaranya apa kita panggil arterilization
      ia menambah jaringan arteri. apabila bdn mengepam dan melalui jalan tersumbat, ia akan ambil jalan lain, manakala org x bersenam, tiada laluan lain.

  17. gambar greg plitt tu….mngidam nak body kategori fittness cam dia, skrg tgh usaha…tp dlm masa yg sama join marathon…agak2 boleh x dato? slalu org marathon kurus2.

    1. marathon ni agak sukar. kalau boleh balancekan aktiviti dari aerobic ke anarobic.

  18. Salam Dato,

    Saya dah mulakan exercise start bln 3 hingga May saya buat Jillian Michaels Body revolution exercise metabolic training +circuit+cardio selama 3 bulan sy fokus cuma makan sy buat balance diet tapi tak clean sangat yg peliknya inches banyak drop terutamaya lower body+upper body semua baju dah boleh sarung tapi berat tak banyak turun hanya turun 3 kg .

    waist turun 4 inches tapi perut mmg turun skit je .adakah disebabkan diet saya tak clean sangat.tapi badan rasa firm dan tegap tenaga pun bertambah banyak develop muscle kat butt dgn peha ada nampak curvy.

    Bila dah complete 3 bulan saya rehat 2 minggu ada buat skit exercise.

    Sekarang saya buat second round baru 3 hari guna dumbell yg lebih berat.nak minta pandangan saya bagaimana turunkan lagi berat saya dgn workout cara ni adakah kena jaga makan baru dpt result yg cantik.

    Terima kasih atas nasihat Dato

  19. Masa baru start exercise saya tak push sangat sebab czer sekarang dah pulih sepenuhnya saya mmg push kali ni. Exercise ni 30 minit banyak guna bodyweight

  20. Dato’. Nak tanya, ni kes caloric intake dia turun naik kan.. Habis tu macam mana pula dengan carb cycle? Carb cycle pon caloric turun naik kan? Ke caloric maintain cuma gantikan carb dengan protein ? Kalau caloric deficit and surplus juga time carb cycle so kesannya macam ni juga lah? Badan susah nak naik? Harap dato faham soalan saya. Thanks in advance.

  21. Well put, sir, well put. I’ll celrainty make note of that.

Leave a Reply to Lynn Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: