Kekuatan Jul10

Kongsi

Kekuatan

Absolute Strength vs Relative Strength? Absolute strength adalah kekuatan yang biasa kita dengar dan pakai. Kebiasaan, kita ditanya, berapa berat kita deadlift, berapa berat squat dan sebagainya. Jawapannya terus kepada 1 angka, daya maksima mampu dihasilkan tak kira berapa besar atau kecil seseorang.

Eddie Hall

Eddie Hall

Relative strength adalah kekuatan yang mengambil kira berat badan, daya maksima mengikut berat atau saiz. Kebiasaannya perbandingan ini antara atlet powerlifting, weightlifting dan sebagainya. Contoh, seorang dengan berat 62kg mampu deadlift 300kg lebih hebat daripada seorang dengan berat 150kg deadlift 300kg.

Dalam pertandingan yang jarang ada kategori berat di Malaysia seperti sukan Strongman, siapa peduli relative strength. Semua ambil kira absolute strength. 300kg deadlift tetap lebih hebat hebat daripada 200kg walaupun berlainan berat badan.

Video di bawah ini menunjukkan Eddie Hall pecahkan rekod dunia, orang pertama deadlift 500kg. Tahun lepas 465kg, pertambahan 35kg.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini