Kelas Kalori: Ayam Stim Halia + Epal + Tomato

Kursus Kecergasan 2024

Bahan-bahan

1 ketul dada ayam dipotong dadu
1 ruas halia..
3 biji bawang putih
1 biji bawang kecil
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
Epal hijau dan tomato dipotong dadu

Cara-cara

Kisarkan halia, bawang putih dan bawang kecil. Kemudian perapkan dengan dada ayam. Tabur lada hitam dan minyak bijan. Stim selama 5 hingga 6 minit sehingga isi ayam masak. Toskan isi ayam daripada air stimnya. Campurkan isi ayam dengan epal hijau dan tomato.

(Terima kasih Diane Sera atas sumbangan resepi)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Kelas Kalori: Ayam Stim Halia + Epal + Tomato

  1. tiada nama says:

    karbohidarat only 9?? 1 apple have 25g karbohidrat kan?? pls advise me.. 🙂 tq

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: