Kenapa Berat Badan Naik Semula Ketika Raya? Jul27

Kongsi

Kenapa Berat Badan Naik Semula Ketika Raya?

Kita berjaya melalui fasa latihan di bulan Ramadhan. Berpuasa di siang hari dan giat beribadah pada malamnya. Semoga hidup kita sentiasa diredhai Allah & diterima amalan kebaikan.

Seperti yang kita tahu, puasa juga melatih badan kita berfungsi lebih baik, di segi kesihatan. Ada yang memilih untuk berehat daripada “hardcore workout” dan ada juga yang meneruskan rutin senaman seperti bulan-bulan yang lain. Walau apa pun cara kita, saya percaya di segmen ini, matlamat kita adalah untuk bakar lemak dan maintain “lean muscle”.

Ramai yang gembira kerana berjaya menurunkan berat badan di bulan puasa. Tahniah! Anda sudah melalui satu fasa di mana kejayaan ini, ramai golongan seperti saya dahulu mahukannya. Saya faham perasaan anda kerana pernah mengalaminya. Persoalan yang menyusahkan hati kita kini, kenapa tiba-tiba berat badan naik mendadak pada minggu pertama atau sebulan raya?     weight

 

1. Water retention

Kita mesti ingat bahawa naik turun berat badan yang banyak dalam tempoh singkat bukannya otot atau lemak, tetapi berat air atau makanan/minuman kita pada hari tersebut. Ketika berpuasa kita kurang makan, terutamanya karbohidrat. Dalam 1 gram karbohidrat terkandung beberapa gram berat air. Jika banyak melakukan aktiviti semasa berpuasa, kita selalu berpeluh akibat cuaca panas atau kekeringan. Badan tidak menyimpan terlalu banyak berat air maka kita akan turun banyak berat badan.

Bagaimana ketika raya? Memang kita banyak berjalan dan berpeluh tetapi setiap kali kita singgah di rumah tetamu, makanan selalunya berlebihan serta kita berada di luar “kawalan”. Tambahan pula, masakan ketika hari raya kebanyakan mengandungi garam serta minuman yang gula berlebihan. Ini antara punca penambahan berat badan.

2. Prinsip asas kalori

Tidak semua suka mengira kalori pemakanan, bukankah begitu? Jadi kita akan sentiasa mengambil mudah berkenaan apa yang kita makan. Pada kita, kuantiti sedikit tidak menjadi masalah. Walaupun kuantiti makanan itu sedikit atau banyak, kalorinya tidak sama. Nasi putih 1 pinggan 300 kalori, aiskrim 1 scoop 300 kalori. Jika 2 scoops masih sedikit kuantitinya di segi logik. Bagaimana dengan kalori. Prinsip asas kalori ialah;

a. calorie intake > calorie output, gain weight

b. calorie intake < calorie output, lose weight

c. calorie intake = calorie output, maintain weight

Berat air (atau orang kita gelarkan “gemuk air”) boleh naik turun mendadak. Berat air ini kita boleh turunkan mungkin 3 ke 5 kg dalam tempoh seminggu. Berbeza dengan lemak. Ia tidak terbentuk dalam masa yang singkat.

Apakah penyelesaiannya?

1. Lebihkan minum air dan pengambilan potassium (buah-buahan),  kurangkan pengambilan sodium (garam).

2.  Sama ada kita kurangkan kalori (pemakanan), atau tambahkan pembakaran kalori melalui aktiviti (bersenam).

3.  Pastikan ada sumber protein dan fiber dalam hidangan. Penuhkan masa lapang dengan aktiviti supaya kita tidak berasa bosan dan cenderung untuk makan.  Ia sangat membantu kita mengawal nafsu lapar.

 

weight-loss-and-permission

 

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jangan stress kerana berat badan naik mendadak. Sebaiknya kita kaji apakah penyebab yang sebenar serta berusaha untuk mengatasinya. Selamat hari raya diucapkan dan berseronok bersama keluarga. Berhati-hati di jalan raya.

Nazrin Nasser

Nazrin Nasser adalah penulis dan pengamal dalam bidang pengurusan berat badan dan kecergasan. Kejayaan menurunkan berat badan sebelum ini melebihi 30kg dalam tempoh 1 tahun menjadikan beliau sangat teruja untuk berkongsi tentang bakar lemak serta transformasi badan. Nazrin juga berpengalaman lebih 2 tahun dalam bakar lemak serta kecergasan. Ratusan orang telah berjaya turunkan berat badan di bawah coaching serta tips percuma yang dikongsi oleh beliau. Dapatkan tips percuma di http://nazrinfitness.com/percuma/

Facebook 

iklan ebook   ds ads   iklan disini