Kenapa Sit-Up dan Crunches Tidak Elok Jul01

Kongsi

Kenapa Sit-Up dan Crunches Tidak Elok

Bila bercerita pasal senaman perut, ramai yang memilih untuk buat sit-up. Setiap hari beribu sit-up di buat. Tahukah anda sit-up merupakan senaman yang paling popular dan yang paling teruk. Kebanyakan orang tidak tahu bahawa sit-up bukan latihan perut yang sebenar. Apabila melakukan sit-up, yang bekerja adalah trunk flexor dan iliopsoas, sedangkan perut tidak dikerjakan sepenuhnya.

Sit-Up

NASC 2015

Otot iliopsoas bermula di bahagian belakang badan dan bercantum di tulang femur di kaki yang mana ketika melakukan sit-up akan menarik bahagian pinggang disebabkan kaki tidak bergerak, kebiasaannya dikunci pergerakannya. Terlalu banyak melakukan sit-up boleh menyebabkan ketidakseimbangan kekuatan diantara otot iliopsoas dan perut, dan seterusnya membawa kepada postur badan yang tidak betul yang mengakibatkan sakit belakang.

Mereka yang memegang bebanan ketika melakukan sit-up biasanya beranggapan ianya membantu membina 6 ketul di perut. Tetapi malangnya, ia meningkatkan kadar kecederaan pada bahagian pinggang. Otot iliopsoas bekerja lebih keras dan memberi lebih tekanan dengan tambahan bebanan.

Crunches

Bagaimana pula dengan crunches? Crunches dianggap sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding sit-up, tetapi tahukah anda dengan melakukan ratusan crunches kebiasaannya akan membawa kepala anda ke hadapan dan akhirnya menyebabkan sakit pada bahagian leher dan menyebabkan tarikan pada tulang belakang yang mana akan menyebabkan badan bongkok. Apabila mula bongkok, akan membawa kesan kepada pinggang dan seterusnya menyebabkan sakit pinggang.

Plank

Jika tidak melakukan terlalu banyak crunches, senaman ini masih menjadi antara pilihan terbaik. Jangan melakukan terlalu banyak senaman untuk perut dengan harapan dapat menurunkan saiz perut. Pelbagaikan aktiviti termasuk melakukan senaman kardio. Terdapat pelbagai senaman yang selamat untuk perut. Antaranya seperti plank.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini