Kenapa Tidak Menjadi

Sebagai seorang terapi senaman, saya sering mengkaji, kenapa ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi. Ada yang kata dah seratus peratus buat yang terbaik, dari segi diet, latihan, rehat. Malah ada yang menggunakan pelbagai produk tambahan berserta steroid tetapi masih begitu, masih di takuk yang lama. Jika dahulu orang panggilnya Mamat Keding, selepas setahun main gym pun masih orang panggil Mamat Keding, kenapa tak tukar ke Mamat Taf?

Kursus Kecergasan 2024

1. Kesempurnaan

Saya perasan ada sesetengah orang menyasarkan kesempurnaan sebelum bermula. Sebagai contoh, ingin lengkapkan koleksi makanan tambahan dengan protein, fat burner, creatine dan sebagainya baru hendak mula latihan. Baginya, tanpa bahan yang cukup, dia tidak boleh bertukar menjadi ‘superman‘. Bila dah cukup, tetiba dalam masa 2 bulan kekurangan peruntukan, sanggup berhenti berlatih dulu.

2. Mengikut Pemikiran Sendiri

Kekadang mungkin boleh ikut logik sendiri tetapi dalam diet dan latihan jangan sesuka ikut logik sendiri. Sebagai contoh, ramai yang fikir, tak makan boleh kurus, makanan menggemukkan. Saya pernah jumpa perempuan yang tak makan selama 4 hari dan datang ke gym untuk berlatih dengan harapan untuk kurus. Setiap hari minum air sahaja. Atau pun dalam kes biasa, yang awal-awal dah set dalam minda, makan malam menggemukkan. Jadi setiap malam, dia hanya minum air sahaja. Atau dalam kes, seseorang dah set, nak kurus kena buat senaman perut, jadi setiap hari dia buat 1000 sit up dan joging. Adakah betul cara-cara ini? Dapatkan ilmu yang betul. Keinginan yang tinggi sahaja tidak menjamin ada mendapatkan apa yang diingini.

3. Pemakanan

Ramai yang fikir, dia telah makan dengan betul. Diet yang sangat ketat, tiada gula, tiada garam, tiada minyak. Tetapi adakah pengambilan lemak cukup? Tahukah anda lemak sangat penting untuk menjalankan beberapa fungsi badan?

4. Latihan Tidak Kena

Ramai yang tidak ikut latihan yang betul. Kata nak besarkan badan, tetapi buat latihan gila-gila, 2 hingga 3 jam sehari. Kalau latihan dada, 10 jenis dibuatnya. Kemasukan kalori pula tidak seimbang dengan sasaran. Katanya dah makan, tetapi berapa pula makannya jika dibandingkan dengan pembakaran?

5. Teknik Merapu

Jika anda perasan, di gym tempat anda berlatih, terdapat sesetengah orang, yang angkat terlalu berat dengan teknik yang serba tidak betul. Bukan sahaja bahaya tetapi tidak kena dengan otot sasaran. Bagaimana otot nak hipertrofi?

6. Tidak Konsistan

Tahukah anda berapa lama Ronnie Coleman berlatih untuk mendapatkan badan terbaiknya? Janganlah kecewa jika tidak dapat apa yang disasarkan dalam masa 3 bulan, sebaliknya mengkaji di mana salah silap dan terus konsistan dalam membentuk badan. Setiap orang mungkin tidak sama. Ada yang cepat, ada yang mungkin lambat. Manusia direka dengan pelbagai bentuk.

7. Rehat

Kita telah diajar, jika tidak menjadi, tambah lagi latihan. Buat pelbagai cara dengan super set, tripple set, giant set dan sebagainya. Tetapi tahukah anda, mungkin bukan latihan penyebabnya tetapi tidak cukup rehat yang menyebabkan anda tiada perubahan.

8. Plateau

Ada yang dah cecah tahap plateau di mana tiada perubahan. Bench press cuma boleh angkat 100 kg untuk bertahun-tahun. Pernahkan anda kaji, dimana silapnya? Mungkin kelemahan daripada dada, bahu atau trisep? Mungkin juga kelemahannya dari core? Dalam bench press, jika anda masih kuat mengangkat daripada tahap 90 darjah ke atas tetapi tidak boleh mengangkat daripada dada ke tahap 90 darjah, apa tandanya? Yang mana menggunakan otot dada, yang mana menggunakan otot trisep? Pernahkah anda latih rotator cuff untuk menguatkan lagi bench press anda? Pernahkah anda latih kaki untuk tambah kekuatan bench press anda? Mesti ramai yang pelik, apa kaitannya kaki dengan bench press.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

28 thoughts on “Kenapa Tidak Menjadi

  1. Bab nama Mmg sy ailing utk tukar…dulu diorg pggl din boroi la.skrg diorg pggl din otot wlupun bdn blum menjdi..Tp sbagai perangsang…thanks dato

  2. ada lojik nya apa yg d bincangkan dalam topik ini…saya pn jumpa banyak org kategori mcm yg d nyatakan d atas…utk bina badan bukan sng..rupanya banyak faktor2 yg keci yg mcm tidak di ambil kisah rupanya amat penting untuk membina badan…genetik juga memainkan peranan yg sgt penting kerna bahkan genetik merupakan ‘advantage’ utk sesetengah org…anywhere bezzz topik ni..baru sedar mana salah dan silap b4 ini..tq dato..

    1. genetik mmg sukar nak nak apa. sesetengah org mmg dilahirkan dgn genetik yg baik. tp genetik juga bukan menjamin seseorang itu kelihatan cantik. hardwork main peranan gak.

  3. Nak Tanya Dato’: Apakah latihan dan tips terbaik utk membina traps yg ketara dan terbaik?

    1. training trap yg biasa saja x cukup kalau nak betul2 kelihatan tinggi. training biasa cam shrug, upright row. slain tu, yg terlibat sama cam side lateral. yg byk membantu, heavy deadlift.

      1. salam, boleh tak dato detailkan, rep, set, berat, bila? trap antara part yg sy minat.tq.

  4. salam Dato,nak tanya apakah perbezaan gym yg menggunakan mesin dengan gym yg menggunakan peralatan zaman arnold susah nak eja,adakah memberikan kesan yg berbeza?

    1. byk gak perbezaannya, cam range of motion, pastu safety issue. saya tgh rangka tajuk ni, mesin vs free weight. nantikan.

  5. tq Dato,tak sabar nak menantikan keputusan tentang mesin vs free weight tu.

  6. assalamualaikum dato.ade ke org maen gym setahon tp ta nmpk hasil?
    still keding?

  7. Dato memang best la..tip top..tahap SIFU la..5 bintnag utk dato..bnyk info yg saya dapatkan dari blog.tq dato.

  8. Salam dato
    Nak mintak pendapat sikit..
    dulu saya sangat gemok..110KG
    lepas tu jogging/jaga pemakanan sampai kurus..
    tinggi 167CM, berat 65KG..
    masalah nyaa..
    banyak kulit berlebihan..
    dah 2 tahun main gym..
    alhamdulillah..ade perubahan..
    shape dah ade sikit walaupon main kosong (tanpa protin @ apa2 suplement)
    sekarang ni dah ade six pack..
    cume paling kronik sebab IBARAT MACAM kulit dan daging berpisah..
    kulit berlebihan tu masih ada..
    adekah perlu tambah berat badan atau teruskan senaman sampai kasik ketat kulit?
    harap dato dapat membantu

    1. bila dah masuk kes camni, terus terang saya, sgt susah utk hilang. hilang 100% mungkin sukar. kurang tahap minimum mungkin boleh tp kena sabar. cuba cari cocoa butter cream kat farmasi. kena rajin sapu setiap hari. pemakanan vitamin C dan E boleh membantu sikit.

      cuba check entri sbelum ni http://www.strengthsifoo.com/kesan-calar/

  9. Hi En. Zaki, pertama skali umur sy 21 thn, dh bergym dlm 2.5 thn xkonsisten, cuti semester sy pun cuti, tp bila start kelas sy konsisten 3 kali seminggu. Sy xmengambil apa2 supplement setakat ini. Yg sy runsing, biceps tiada shape, geram tgk biceps org tp sy ni xmenjadi2, makan pun xda jaga sgt, sy hanya state di minda makanan yg sy ambil perlu ada protein secukupnya. Sy cepat hilang energy bila lifting weight. Mungkin motivasi dan gym kampus yg sekarang ini semakin ramai. Atau mgkn kerana faktor lain? Sebaik-baiknya jogging dahulu sblm lifting weight atau selepas? Sbb skrg xjogging lg dengar org ckp jogging buang muscle. Tp tulah, bahu dpt, shoulder dpt sikit, perut yg memboroi. Terima kasih

    1. jgn takut utk buat cardio. walaupun teknikalnya mmg boleh lose jika ‘pemakanan’ tidak dijangka, maksudnya, cam protein intake terlalu low, x dpt nak jaga otot daripada lose. utk burn fat, cara paling senang cardio. tp dlm masa sama, jgn set dlm mind, cardio tu joging. cardio ada byk cara, dlm gym buat high rep pun boleh masuk kategori sama. tp, skrang ni rasanya masalah utama, adalah makan, cuba sepossible boleh, jaga makan, jaga kemasukan minyak. cukupkan protein dan carb. hilang energy mungkin faktor timing training n makan x betul. ada byk penyebab tu

      1. Jadi en.zaki, berat sy skrg 90kg, supplement apa yg terbaik utk sy ambil. Jikalau tiada supplement, makanan apa yg baik utk dptkan sumber protein dan nutrients yg lain. Bagaimana nk hilangkan love handles? Terima kasih.

  10. PUMp4Ever says:

    apa kaitan bench press dgn kaki dato??

    1. byk. otot2 di bdn kita saling berkait.
      train kaki elevate testosterone, build chest.

  11. Salam,

    Bila saya main Flat Bench Press/Incline Bench Press x3 set, saya dah x boleh nak main Dumbbell Chest Press dan Dip. tgn dah jem, ape yg patut saya buat?

    1. dah overworkout. kalau still nak teruskan dengan 2 lg game, kurangkan weight cara paling mudah.

  12. Asslm dato. Tubuh saya biasa2 sahaja. baru start workout main dumbbel dekat rumah. sekarang ni tngah focus nk bina part biceps dulu. Sbb biceps tak timbul, flat sahaja. Bole tak minta tip nak bina bicep bagi orng yg baru start mcm saya ni? Macam berat bebanan yg sepatutnya saya guna dan lain2 tip lagi utk bina biceps yang berkesan. Umur sy sekarang 29tahun. berat 70kg tinggi 172

  13. sya nak tanya,,masa kecik bdn sya sgt berkesan main gym,,tpi knpa sejak sya melangkah sekolah menengah saya jdi sgt lemah

    1. byk possibilty tu. boleh jadi x cukup makan, x cukup rehat dan sebagainya.

Leave a Reply to llemash Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: