Kentut Apr13

Kongsi

Kentut

“Pruuuutttt”

Eh, siapa kentut itu? Mesti semua setuju jika saya kata, kentut itu salah satu nikmat hidup. Tapi kenapa kentut? Apa itu kentut? Apa kebaikannya?

Kursus Kecergasan 2017Kentut merupakan proses gas disingkirkan daripada rektum. Kentut dibawa ke rektum melalui proses peristalsis yang menyebabkan najis turun dari usus besar. Bunyi yang dihasilkan adalah disebabkan getaran sfinkter dubur atau dalam bahasa mudahnya disebabkan punggung tertutup. Mereka yang kentut tidak berbunyi mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk kekuatan teras tidak kuat untuk menghasilkan tekanan, melakukan seks anal, kekuatan otot punggung tidak kuat dan sebagainya.

Ada apa dalam kentut? Kandungan utamanya gas nitrogen bersama dengan karbon dioksida. Komponen kecil lain termasuk gas metana dan hidrogen yang mudah terbakar. Tidak semua manusia menghasilkan kentut mengandungi metana. Boleh buat ujian dengan kentut dihadapan api. Adakah api itu bertambah marak atau terus terpadam?

Gas yang dibebaskan semasa kentut mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ujian kromatografi gas menunjukkan ia mengandungi sebatian sulfur seperti methanethiol, hidrogen sulfida yang berbau telur busuk dan dimetil sulfida. Baunya mengikut pemakanan kita. Bau juga boleh disebabkan kehadiran sebilangan besar bakteria mikrofloria dan kehadiran najis dalam rektum.

Komponen utama kentut yang tidak berbau mengikut peratus adalah seperti berikut;

Nitrogen: 20-90%
Hidrogen: 0-50%
Karbon dioksida: 10-30%
Oksigen: 0-10%
Metana: 0-10%

Tahukah anda, menghidu bau kentut boleh membunuh? Terdapat kes dilaporkan, individu yang suka menghidu bau kentutnya sendiri mati disebabkan gas-gas yang dihidu.

Kenapa kentut? Apa kebaikannya? Kentut membantu dalam membawa najis daripada usus besar ke rektum sebelum dikeluarkan. Kentut juga menunjukkan kekuatan otot teras. Untuk menghasilkan bunyi yang kuat, gas itu perlu dikeluarkan dengan halaju yang tinggi. Kekuatan meneran berasal dari otot teras.

Gas yang dihasilkan berpunya daripada pelbagai sumber termasuk udara yang disedut dan sumber endogen, iaitu gas yang dihasilkan dalam saluran penghadaman. Gas endogen dihasilkan sama ada sebagai produk pencernaan makanan atau penghadaman tidak lengkap. Gas tersebut dicampur dengan penapaian najis menghasilkan bau yang mengasyikkan.

Pemakanan yang menghasilkan bau yang hebat termasuk kacang. Gas endogen timbul daripada penghadaman oligosakarida kompleks. Mereka ini susah dihadamkan, apabila sampai ke usus, bakteria memakan mereka dan menghasilkan kentut yang banyak. Dalam kes intoleransi laktosa, biasanya pengambilan ‘weight gainer’, bakteria usus memakan laktosa dan mengeluarkan gas berlebihan. Pelbagai lagi makanan dikaitkan dengan kentut yang mengasyikkan ini, termasuk rempah, kanji seperti kentang, jagung dan sebagainya.

Bagaimana mengurangkan bau yang kurang menyenangkan ini? Antara cara adalah dengan pengambilan probiotik seperti yogurt, kultur hidup yang mana mengembalikan keseimbangan flora usus. Lactobacillus acidophilus berguna dalam mengurangkan kembung perut. Ia mengurangkan bau tetapi tidak menukar baunya menjadi wangi. Jika ingin kentut yang wangi, anda mungkin boleh menggantungkan 1 botol minyak wangi di bahagian dubur. Suplemen enzim pencernaan juga membantu mengurangkan jumlah angin yang disebabkan beberapa komponen makanan yang tidak dicerna oleh badan dan seterusnya menggalakkan tindakan mikrob dalam usus kecil dan besar. Antara enzim yang boleh didapati di farmasi termasuk enzim alfa-galaktosidase, laktase, amilase, lipase, protease, sellulase, glucoamylase, invertase, pectinase, dan bromelain. Rifaximin biasa digunakan untuk merawat cirit birit yang disebabkan oleh mikroorganisma E. coli yang menyebabkan kekerapan kentut bertambah.

Kentut boleh jadi baik, boleh juga jadi simptom untuk penyakit seperti irritable bowel syndrome atau penyakit-penyakit organik yang lain. Jika kentut berlarutan tanpa henti, dapatkan bantuan perubatan. Menahan kentut boleh jadi bahaya juga. Gas yang ditahan boleh meresap kembali keluar melalui atas dan melalui paru-paru kembali. Kebiasaan, apabila seseorang menahan kentut, dia akan membebaskannya apabila berada dalam keadaan rehat seperti tidur.

Teringat pula satu pepatah;

Orang Amerika kentut kata “Excuse Me
Orang British kentut kata “Pardon Me
Orang Malaysia kentut kata “Not Me, Not Me

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube