Kenyataan Minta Sepak Sep15

Kongsi

Kenyataan Minta Sepak

Apa pandangan anda dengan kenyataan Menteri Pelajaran berhubung garis panduan Gay dan Lesbian?

Kursus Kecergasan 2017Garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran. Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:

Simptom Gay:

1. Mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless).

2. Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang.

3. Lebih cenderung minat kepada lelaki.

4. Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan

Simptom Lesbian:

1. Menunjukkan ketertarikan pada wanita.

2. Jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya.

3. Lebih suka pada wanita untuk teman tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita.

4. Tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki.

Kenyataan ini menimbulkan marah pada mereka yang berbadan sasa. Kenyataan ini dikeluarkan disaat menghampiri Pilihan Raya seolah-olah menunjukkan BN tidak memerlukan sokongan mereka yang berbadan sasa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube