Kenyataan Minta Sepak
Apa pandangan anda dengan kenyataan Menteri Pelajaran berhubung garis panduan Gay dan Lesbian?
Garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran. Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:
Simptom Gay:
1. Mempunyai badan sasa dan suka menunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless).
2. Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang.
3. Lebih cenderung minat kepada lelaki.
4. Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan
Simptom Lesbian:
1. Menunjukkan ketertarikan pada wanita.
2. Jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya.
3. Lebih suka pada wanita untuk teman tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita.
4. Tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki.
Kenyataan ini menimbulkan marah pada mereka yang berbadan sasa. Kenyataan ini dikeluarkan disaat menghampiri Pilihan Raya seolah-olah menunjukkan BN tidak memerlukan sokongan mereka yang berbadan sasa.
tak boleh diterima langsung. semua orang tak sama la. adakah dia nak kata semua orang yang muscular tu gay?
Yang pakai baju kot,perut buncit,badan tak sasa pun terang terangan gay,siap ada video lagi.Jeles la tu sebab tak dapat pakai baju fit,offsidee.
Heheheh ini boleh dikategorikan sebagai kelakar pelik. ;D
Habis lelaki yang pakai barangan warna pink pun semua gay? hihi
Yg perut boroi kedepan mcm org mengandung tu tak gay ke?elok la tu..satu Malaysia perut boroi kedepan masa hadapan..bodybuilder suma gay la camtu..adoi laa
abes la, pasni semua perut boroi. xnak kena cop gay. 😀
#@%^*&#&
klu dh bdn sasa buat pe minat sama jenis plak..nabi pon laknat, ya Allah selamatkanlah kami dari perkara2 sebigini..
ini maklumat yang dipetik ke maklumat yang telah ditaip setelah difahami oleh penulis akhar SCD..bukan ape,skrang ini bnyk sgt info yang dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan..
entahla. maklumat dlm paper
oooh..sgt melampau!!!
garis panduan yang bodoh!!!!
simtom lesbian, lebih gemar tido bersama wanita…habestu nk tido dgn lelaki bukan muhrim ke..
memang bodoh garis panduan tu.
Haha…bangang abadi…