Keputusan Arnold Classic Asia 2016 Aug27

Kongsi

Keputusan Arnold Classic Asia 2016

Minggu lepas, 20 dan 21 Ogos 2016, merupakan pengalaman berharga untuk saya, bertanding dalam pertandingan Arnold Classic Asia di AsiaWorld-Expo, Hong Kong dalam sukan Orang Kuat. Kali pertama saya bertanding di Expo. Kali pertama jumpa berdepan dengan Arnold Schwarzenegger walaupun tak dapat berselfie. Sangat sukar nak dekat. Bayangkan makan tengahari dengan dia pun kena bayar rm 3800 seorang. Old but not obsolete. 😀

Old But Not Obsolete

Kami ke sana berdua, saya untuk kategori di bawah 105kg dan Arif Khalil di bawah 90kg. Alhamdullilah kami berdua berjaya dapat pingat gangsa. Pertandingan kali ini sebenarnya agak berat bagi saya.

Mesotropin Gangsa Arnold Classic Asia

Rutin 1: Yoke Walk 340kg + Farmer Walk 120kg. Kali pertama saya angkat beban 340kg dan berjalan. Tak dapat habiskan. Atlet lain pun tak habis. Dapat tempat kedua.
Rutin 2: Log Press 105kg. Saya cuma berjaya dapat 1 ulangan. Dapat tempat ketiga.
Rutin 3: Deadlift 240kg. Saya hanya dapat 5 kali. Dapat tempat kedua.
Rutin 4: Medley tire flip 400kg + sand bag 120kg. Semua atlet tak dapat habiskan.
Rutin 5: Atlas Stone 130kg. Saya hanya berjaya angkat separuh. :D. Kali pertama sebenarnya berjaya angkat tapi tak mampu habiskan.

NASC 2015

Apa-apa pun, ianya pengalaman yang menarik. Bagi saya, ianya bukan soal menang kalah. Ianya pengalaman. Saya ingin jadi lebih kuat di masa hadapan.

Keputusan

Terbuka
1. Sergey Trubitsin
2. Alistair Ronaldson
3. Jean Stephen Coraboeuf

Di Bawah 105kg
1. Leigh Shaw
2. Denn Robles
3. Zaki Khan

Di Bawah 90kg
1. Ian Nam
2. Nunggodgid Buranasate
3. Arif Khalil

Di Bawah 80kg
1. Arron Rhodes
2. Joe Vechter
3. Kim Lam

 

Zaki Khan, Leigh Shaw, Denn Robles

Zaki Khan, Leigh Shaw, Denn Robles

Pingat Gangsa Mesotropin

Zaki Khan Strongman

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini