Keputusan Mr Badan Cantik 2012 Feb17

Kongsi

Keputusan Mr Badan Cantik 2012

Buat pertama kalinya pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Januari 2012. Di mana seramai 20 atlet bertarung merebut 3 tempat teratas dalam 2 kategori berat badan yang dipertandingkan iaitu:

1. Berat badan bawah 70kg
2. Berat badan atas 70kg

Kategori Berat Badan Bawah 70kg

1. Mohd Shahrizan
2. Muhammad Ammar Afandi
3. Mohd Irrwan

Kategori Berat Badan Atas 70kg

1. Zainal Arif
2. Riano Engah
3. Muhammad Razali

Pemenang Menerima:

Tempat Pertama: RM300 + Sijil + Pingat
Tempat Kedua: RM200 + Sijil + Pingat
Tempat Ketiga: RM100 + Sijil + Pingat

Barisan Teknikal

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube