Keputusan Mr Olympia 2011 Sep18

Kongsi

Keputusan Mr Olympia 2011

Kemenangan nyata milik Phil Heath yang mana dijangkakan akan mendominasi bina badan dunia untuk beberapa tahun akan datang menggantikan Jay Cutler. Phil Heath merupakan raja baru bina badan dunia yang mana menyebabkan ramai terdiam apabila naik pentas pada malam Pra Pengadilan Mr Olympia. Permulaan zaman baru.


Keputusan Mr Olympia

1. Phil Heath
2. Jay Cutler
3. Kai Green
4. Victor Martinez
5. Dennis Wolf
6. Dexter Jackson
7. Tony Freeman
8. Brandon Curry
9. Ronny Rockel
10. Hidetada Yamagishi

Manakala kategori Ms Olympia masih dipegang oleh Iris Kyle buat kali ke 7, kategori Figure, NIcole Wilkins buat kali ke 2, kategori Fitness, Adela Garcia buat kali ke 6, Nicole Nagrani kategori Bikini dan Kevin English untuk kategori berat 202 buat kali ke 3.

Nampaknya Pertandingan Mari Teka Mr Olympia 2011 tiada pemenang, 4 orang dapat meneka senarai nama yang betul tapi susunan yang salah. Hadiah akan dibawa ke pertandingan seterusnya.Blog didiamkan buat seketika sebelum ini untuk memberi laluan pada Kejohanan Mr Olympia dan akan diteruskan seperti biasa selepas ini

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube