Keputusan Pertandingan Orang Kuat May30

Kongsi

Keputusan Pertandingan Orang Kuat

Hmmm… akhirnya entri baru. :D. Maaf, saya jarang menulis sejak akhir-akhir ini. Terlalu sibuk bersiap sedia untuk Pertandingan Orang Kuat. Saya telah menyertai 3 pertandingan tahun ini iaitu Pertandingan Orang Kuat Johor atau Johor IOI Mall Challenge, Pertandingan Badang Malaysia Padang Rengas dan Pertandingan Orang Kuat Labuan atau Labuan Strongestman Challenge. Saya mendapat tempat ke 7 untuk Pertandingan Orang Kuat Johor dan Pertandingan Orang Kuat Labuan. Saya juga mendapat top 10 untuk Pertandingan Badang Malaysia, tak pasti nombor berapa sebab markah tidak dipaparkan dan hanya 4 pemenang diumumkan. Kemungkinan nombor 7 juga. Lucky 7 tahun ini. :).

Labuan-Strongman-Challange-2014

Di Pertandingan Badang Malaysia, saya diberi penalti 6 minit kerana lambat tiba ke tempat pertandingan. Ia disebabkan penganjur yang suka-suka mengubah tarikh pertandingan, sepatutnya 26 dan 27 April ke 17 dan 18 May tanpa memikirkan kerja orang lain. Disebabkan penalti 6 minit, saya masuk bertandingan secara santai sahaja dan menumpukan pada Pertandingan Orang Kuat Labuan pada minggu berikutnya.

Saya tidak ada keputusan penuh Pertandingan Orang Kuat Johor, cuma beberapa sahaja:

1. Asri
2.
3. Rashid
4.
5.
6.
7. Zaki Khan
8.
9. Asmu’i
10.

6 lagi daripada Singapura. Pusingan pertama berlangsung pada 12 April dan pusingan akhir pada 26 April. Rutin pusingan pertama, tire flip 150kg, carry farmer walk 100kg, stone circle 200kg, finger fingal sehingga 250kg, dan quater squat 200kg. Manakala pusingan akhir rally race mengangkat beberapa barang seperti peti ais dan sebagainya, deadlift 200kg, car pull 1.5 tan, culvert roll, hammer thor melebihi 400kg, dan atlas stone sehingga 90kg.

Markah-Orang-Kuat-Johor
Bagi saya, ada sesetengah rutin itu dah boleh ditambah keberatannya seperti tire flip dan atlas stone. Tahun hadapan tahun ke 9 kejohanan ini diadakan. Bermula tahun ini kategori perempuan mula dipertandingkan. Saya membawa beberapa atlet bertanding, dan cuma seorang kategori perempuan menyerlah di mana, Paah mendapat tempat kedua dalam kategori perempuan.

Badang Malaysia Padang Rengas lebih kepada sukan daya tahan otot dimana acara-acaranya seperti berlari naik bukit dan makan bubur yang diibaratkan seperti badang makan muntah, flip tire 200kg, lari dalam sawah dengan batang pokok kelapa dan tayar kecil, flip batang pokok kelapa. Peringkat akhirnya pula, 3 rutin dipertanding iaitu tarik traktor 3.6 tan, angkat tong sehingga 100kg dan angkat kayu balak seberat 127kg. Ia dibahagikan kepada 2 kategori, bawah 75kg dan atas 76 kg. Penganjuran ini merupakan penganjuran kali pertama dan banyak lagi perlu diperbaiki. Bagi saya tidak perlu ada kategori, cuma tambahkan hadiahnya daripada 4 tempat teratas ke 10 teratas.

Saya tidak ada keputusan penuh Badang Malaysia, cuma beberapa sahaja.

Kategori 75kg ke bawah:
1. Farid ‘Cat’ Isham
2.
3.
4.

Kategori 76kg ke atas:
1. Mazri B. Sital
2. Alfred Magabis
3. Don
4.

Saya menarik Traktor 3.6 Tan

Saya menarik Traktor 3.6 Tan

Pertandingan Orang Kuat Labuan baru sahaja berakhir pada 23 dan 24 Mei yang lalu. Ia mempertanding 8 rutin iaitu, tarik lori bomba 10 tan, farmer walk 120kg, tire flip 420kg, log press 120kg, giant dumbbell press 70kg, yoke walk 250kg, deadlift myvi dan atlas stone sehingga 150kg. Ini baru pertandingan orang kuat yang sebenarnya. Saya berjaya membuat 6 rutin kecuali log press dan giant dumbbell. Upperbody saya begitu lemah. Masih banyak perlu diperbaiki.

Saya dalam NST sebelum pertandingan.

Saya dalam NST sebelum pertandingan.

Saya dalam Borneo Post sebelum pertandingan

Saya dalam Borneo Post sebelum pertandingan

Keputusan penuh Orang Kuat Labuan:

1. Francis Abi (Keningau) 85.5
2. Mazri B. Sital (KDT) 71
3. Faizal B. Sunardi (LBN) 69
4. Imran B Duman (KK) 68
5. Alfred Magabis (KDT) 61.5
6. Agku Sulaiman (Papar) 46
7. Zaki Khan (Selangor) 42.5
8. Mohd Houveri (Brunei) 40.5
9. Andoro Bandang (Keningau) 37
10. Handy B Othman(KK) 21

Saya merupakan wakil tunggal daripada Semenanjung Malaysia. Saya agak kecewa gagal mendapat top 5 tetapi bersyukur dapat tempat ke tujuh.

Markah-Orang-Kuat-Labuan

Buat2 faham je la

Buat2 faham je la

Bila pertandingan seterusnya?

26 dan 27 Jun ini ada Pertandingan Orang Kuat Borneo tetapi mungkin saya tak sertainya. Singapore Strongestman Challenge 2014 dijangkakan dalam bulan September dan Orang Kuat Sabah juga dijangkakan dalam bulan November.

Selepas ini saya akan update latihan orang kuat. Nantikan. :)

Nota: Gambar penuh akan diupload di facebook Zaki Khan

NASC 2015

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini