Keputusan Singapore Strongman 2015
Berakhir sudah pertandingan Singapore Strongman Challenge 2015 di Singapore Expo Hall 2 pada 15 November 2015, Ahad lepas. Saya hanya berjaya dapatkan tempat ke 7 daripada keseluruhan. Agak kecewa juga dengan keputusan di mana saya menyasarkan kedudukan 5 teratas. Pertandingan ini merupakan pertandingan terakhir saya untuk tahun ini.
Keputusan Penuh
1. Mohammad Zaki n. Md Hatta – 39.239 mata (Singapore)
2. Abdul Rashid Abdul Rahman – 37.588 mata (Malaysia)
3. Zarol Nizam b. Alifiyan – 34.966 mata (Malaysia)
4. Kang Goo Yound – 33.617 mata (Singapore)
5. Muhd Adam – 32.888 mata (Singapore)
6. Syuzefril bin Mat Noor (Don) – 32.729 mata (Malaysia)
7. Ahmad Zaki (Zaki Khan) – 32.386 mata (Malaysia)
8. Muhammad Zaidi Ismail – 30.470 mata (Singapore)
9. Teng Zi Feng – 29.656 mata (Singapore)
10. Mohd Asri Abdul Kadir – 29.382 mata (Malaysia)
Secara keseluruhan, saya sebagai Presiden Persatuan Orang Kuat Malaysia berpuas hati dengan keputusan penuh. Malaysia menghantar 13 atlet dan berjaya menepati sasaran awal 5 daripada 10 terbaik. Salah seorang atlet Malaysia, cedera di pusingan akhir iaitu Andy Gerald. Semoga beliau segera sembuh dan kembali beraksi.
Apa-apa, syukur alhamdullilah dapat tempat ketujuh. Terima kasih juga pada penaja saya, Pharmafreak. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya terutama isteri saya, Diane Sera Farhanah dan anak Dhia Adriana Salsabila. Sampai berjumpa lagi dalam pertandingan akan datang.