Kerosakan Metabolisme Oct26

Kongsi

Kerosakan Metabolisme

Badan kita direka unik di mana ia akan cuba cari keseimbangan atau hemeostasis. Kalau Cina, dipanggil Yin dan Yang. Apabila, ada cubaan memecahkan kesimbangan ini, sistem metabolisme boleh rosak, atau dikenali sebagai broken metabolisme. Ia adalah kondisi di mana sistem saraf, sistem hormon dan sistem immunisasi hilang keupayaan untuk berfungsi sepenuhnya disebabkan penurunan berat badan yang terlalu ekstrim. Dalam istilah perubatan, disebut neuroedocrineimmune dysfunction.

Metabolisme kebiasaannya rosak apabila badan melimitkan kemasukan kalori dalam badan. Contohnya, setiap hari makan 1000 kalori sedangkan keperluan badannya 2500 kalori dan dalam masa sama buat senaman cardio berjam-jam setiap hari. Apabila kalori terlalu rendah, badan akan cuba menyesuaikan diri. Hormon seperti thyroid dan leptin mula direndahkan. Otot mula dibakar sebagai tenaga. Otot rendah bersamaan dengan metabolisme rendah.

NASC 2015

Bagaimana meningkatkan metabolisme dan kembali ke paras normal?

Kebiasaanya, mereka yang terlebih potong kalori ini akan mula tambah masa latihannya. Ini adalah disebabkan badan cuba membiasakan diri dan lama kelamaan, akan menggunakan tenaga yang sedikit untuk aktiviti tersebut. Apabila hasil latihan makin kurang, seseorang itu cenderung menambah masa latihannya untuk mendapatkan hasil yang disasarkan. Jadi, langkah pertama untuk pulihkan kembali metabolisme adalah mengurangkan masa latihan.

Mulakan proses menambah kalori melalui proses dipanggil reverse diet. Jangan terus tambah mendadak 1000 kalori. Mula tambah 20 hingga 50 kalori seminggu. Jika penambahan mendadak dilakukan, kemungkinan akan menambah lemak. Dalam tempoh 10 minggu, dah tambah 500 kalori.

Apabila cecah satu tahap, badan akan bertindak balas membuang signal kelaparan. Paras thyroid dan leptin akan mula meningkat. Kalori defisit yang baik adalah sekitar 10 hingga 30 peratus daripada keperluan sahaja. Jangan terkejar-kejar nak turunkan berat badan. Slow and steady. Anda ambil masa untuk membesar, tak boleh kecil dalam masa singkat.

Sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan topik

Sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan topik

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini