Kesan Porno

Pornografi kini mudah dicari di internet. Budak berusia 7 tahun pun ada yang dah pandai tengok gambar-gambar lucah. Ada kes budak ditangkap kerana melancap di cybercafe. Apakah kesan melihat porno ini? Tahukah anda, terlalu kerap melihat porno boleh menyebabkan otak menjadi lembab?

Kesan-Porno

Satu kajian dibuat dengan mengambil 64 lelaki dewasa yang sihat di Max Planck Institure for Human Development di Berlin, Germany. Mereka dilaporkan melihat gambar dan video porno selama beberapa jam seminggu. Bahagian kelabu otak diukur dengan morphometry dan keadaan rehat otak diukur dengan menggunakan 3-T magnetic resonance imaging scan (MRI). Keputusan MRI menunjukkan pengurangan fungsi otak yang memproses motivasi atau dalam bahasa mudahnya, menyebabkan seseorang lembab dan kurang motivasi untuk melakukan sesuatu.

Kajian ini masih memerlukan kajian lanjutan untuk membuktikan kesan pornografi dengan masa.

Rujukan
http://archpsyc.jamanetwork.com/article.aspx?articleid=1874574

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: