Kesilapan

Ketika membesarkan badan atau ketika off-season tidak kira untuk lelaki atau perempuan, ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan. Saya cuba senaraikan beberapa kesilapan umum.

Kursus Kecergasan 2024

1. Tidak Cukup Makan

Percaya tak jika saya kata kebanyakan daripada mereka yang hendak membesarkan badan takut untuk makan. Sehinggakan ada yang bertanya saya, boleh ke membesarkan badan dengan spagetti? Dari mana sumber tenaga untuk latihan jika pemakanan seperti sedang diet? Tanpa tenaga dan bahan api, melalui lebihan makanan yang bersih dan sihat, anda tidak boleh membuat penambahbaikan yang anda perlukan.

2. Tidak Cukup Makanan Sihat

Ada yang ketika membesarkan badan, makan apa saja termasuk makanan segera seperti kfc, mcd, pizza dan sebagainya. Dah banyak tempat saya melawat di Malaysia ini, ada tempat yang mengajar supaya makan cara diet, makan spagetti untuk besarkan badan, ada tempat ajar, makan sahaja semua benda, ‘belasah’. Untuk membesarkan badan, secara amnya kita perlukan kalori berlebihan tetapi pilihlah, anda ingin saiz otot ataupun saiz lemak? Apa cara terbaik untuk membesarkan badan? Seeloknya kalori berlebihan daripada sumber yang baik dan sesekali menu tipu. Bukannya hari-hari menu tipu.

3. Menjauhi Karbohidrat

Ada sesetengah orang fobia dengan karbohidrat dan beranggapan untuk besarkan badan, perlukan protein sahaja. Karbohirat adalah bahagin yang sangat penting ketika membesarkan badan dan sumber tenaga yang besar jika diguakan dengan betul sepanjang hari. Karbohidrat ringkas sangat berguna selepas latihan dengan memaksa insulin dirembeskan dan menarik glikogen ke dalam otot anda. Mereka juga membantu dalam membawa asid amino daripada protein bancuh yang diambil selepas senaman yang mana karbohidrat ringkas membantu dalam protein sintesis.

4. Tidak Melakukan Senaman Kardio

Ada yang berpendapat bahawa senaman kardio boleh menghilangkan saiz yang dibina. Adakah ianya benar? Tidakkah anda terfikir dengan latihan kardio, percaya darah akan jadi lebih lancar. Bila perjalanan darah lancar, makanan dapat dibawa dengan lebih effisian. Jadi bahagian yang perlukan makanan, akan dapat makanan yang diperlukan dalam kadar yang segera berbanding jika sistem peredaran darah tidak lancar.

5. Terlalu Banyak Latihan Kardio

Ada 1 lagi kumpulan yang mana melakukan terlalu banyak latihan kardio pula. Kebiasanya mereka yang melakukan terlalu banyak kardio adalah mereka yang takut badan mereka naik lemak. Badan anda tidak akan menambah saiz jika anda menggunakan terlalu banyak tenaga untuk senaman kardio. Semasa membesarkan badan, anda sepatutnya hanya melakukan latihan kardio sekitar 3 hingga 4 kali latihan sederhana dalam seminggu dengan 20 hingga 30 minit setiap kali. Senaman kardio akan mengekalkan kadar metabolisme dan selera makan anda dan yang paling penting anda mengerjakan otot jantung yang mana merupakan otot yang paling penting antara semua.

6. Terlalu Banyak Menggunakan Mesin

Kebanyakan atau lebih-lebih lagi mereka yang berlatih di gym komersial akan banyak bergantung pada mesin berbanding bebanan bebas. Dengan pelbagai mesin yang berada di gym sekarang seolah-olah sudah cukup. Ingatlah ‘Tiada yang mudah dalam membina otot’. Bebanan bebas menjana lebih fiber otot yang mana membawa kepada penumbuhan maksima dan perubahan. Selepas letih dan kehabisan tenaga menggunakan bebanan bebas, baru fikirkan penggunaan mesin.

7. Tidak Cukup Rehat

Ketika proses besarkan badan pula, setiap malam ada pertandingan EPL yang menarik, malam ini perlawanan Manchester United, esok Arsenal, lusa Chelsea atau apa sahaja pasukan pilihan anda menyebabkan anda tidak rasa letih dan boleh menonton sehingga larut malam sedangkan badan perlukan rehat. Ketika proses besarkan badan, awek pula tengah cuti semesti, hari-hari ajak keluar tengok wayang tengah malam. Susah nak tolak tu. Ingatlah, badan membesar ketika rehat dan bukan ketika berlatih.

8. Timbang

Ramai yang suka benar timbang atau ukur saiz tangan. Jika ada penambahan berat atau penambahan ukur lilit, maknanya program yang dirancang berjaya. Bagaimana jika tiada perubahan ketika itu? Menambah tekanan. Meningkatkan kortisol yang mana seterusnya meningkatkan lemak di badan. Bila timbang selepas itu, ada perubahan dengan penambahan lemak. Nasihat saya, jangan terlalu tertekan untuk melihat perubahan pada mesin penimbang. Fokus pada perubahan yang anda nampak pada badan anda daripada fokus pada berat di mesin penimbang.

9. Kurang Matlamat

Seperti yang saya selalu tegaskan. Kebanyakan orang yang saya jumpa, kurang matlamat. Bila bertanya, mereka beritahu nak besar, tetapi berapa besar? Tetapkan satu matlamat yang jelas seperti ingin menambah 10 kg dalam jangka masa 6 bulan. Jangan tetapkan sesuatu matlamat yang tidak munasabah seperti hendak menambah 100 kg dalam jangka masa 6 bulan. Saya lihat mereka yang bertanding, setiap tahun keluar dengan badan yang sama. Cuba sasarkan perubahan atau penambahbaikkan setiap tahun.

10. Mengelak Menu

Kebanyakan yang saya lihat, bila tidak lapar, mereka tidak makan sedangkan jika melihat pada jadual yang dirancang, mereka sepatutnya makan pada ketika itu. Ingat, badan kita memerlukan protein setiap 2 hingga 3 jam untuk memastikan badan berada pada tahap positif kesimbangan nitrogen. Badan akan mula membakar otot jika tidak dapat protein yang mencukupi. Ini apa yang dipanggil tahap catabolisme.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

30 thoughts on “Kesilapan

  1. slvriz Raferrty says:

    Sangat2 setuju! Bila bab workout semuanya macam pro didalam gym, tapi bila bab makanan,diet semuanya fail! saya amat tertarik bila Zaki Khan kata “mereka yg bertanding, setiap tahun keluar dengan badan saiz yg sama!” hehe!

    1. tu yg menjadikan bina badan kat malaysia membosankan utk ditonton kadang kala jika dibandingkan dgn pertandingan besar2 seperti bulan 9 ni. kita ternanti, bagaimanakah bdn mereka yg bertanding tahun ni,sapa yg menduduki ranking ke pertama sehingga ke 6. 3-4 bulan sebelum pertandingan dah ada pertaruhan. tp di Malaysia, kita dah dpt agak siapa pemenang, kecuali jika diadili oleh persekutuan bina badan malaysia yg sesuka hati menukar keputusan. atlet yg kluar boleh dikatakan sama. 10 tahun lepas kategori bantam, tahun ni kluar kategori bantam juga. tp nasib dia dah kena kritik hebat, naik kategori light weight pula. :D. yg nampak perubahan mungkin beberapa org, ada daripada kategori welter ke kategori heavy, 1 peningkatan dan perubahan ketara pada badan. manakala kebanyakan maintain kategori sbb takut bertanding kategori lebih berat

  2. Seronok baca, tp mcm mana pula besar nak jadi kecil pd masa yg sama nak timbul kan otot…

    1. cadang nak masuk 1 topik santai pasal ni gak td, tp kalau masuk dah bercampur, jd hold dulu.

  3. aie rudyz says:

    satu penulisan yang bersahaja dan senang utk difahami….TQ 4 de info

  4. Info terbaik untuk memulakan proses pemotongan..perlukan supplement tambahan tak dlm program pemotongan ni?

      1. cutting kot mksd dia dato

          1. ya xya jgk ek =p..hehe

  5. if nk taw anggaran kasar kos utk bna bdn?

      1. average utk mr.ZK?juz nk tw..heheh

          1. uik.murah…nape builder len kte average dlm 2000++..gyle ah…

          2. tu mcm2 guna. sapa nak join binabadan kalau ada yg keje dgn gaji 800 sebulan?

          3. sebb tu laa…rmai yg ngalah sblom cube..supplemen yg btol2 bguna juz creatine n protein powder je…kan?other than dat,only hype…

          4. kalau sy komen lebih. kang ada peniaga supplement marah. 😀

          5. ouh,yess…lupe lak…top scret..heheh..

  6. salam dato,

    Sy nak mintak tlg skit laa dato.. apekah menu diet yg trbaik bg mereka yg kurus yg nak tambahkan berat badan?? mksud sy.. jam 8pg mkn ape, lunch mkn ape, mlm mkn ape.. hope dato bleh tlg sy senaraikan menu yg trbaik.. berat sy skrg 57kg, dgn ketinggian 168cm.. terima kasih..

  7. salam booss. saya nak tanya. tinggi saya 168cm dan berat bdn saya 66. saya ada dumbell yang beratnya 15kg sebelah. saya ingin six pack dan big bicep. bg tuan, mana yang patut saya mulakan dulu dan bepa kali makan untuk satu hari berserta air. saya selalu mencari di youtube mcm mana nak buat six pack. tapi soma mesti pergi gim. kalau tak pergi gim boleh kah six pack?

  8. Salam. Saya main gym dalam 2 kali seminggu. Hari 1st saya main back, bicep, forearm dan hari yg berikutnya main chest, shoulder, trap, tricep.setiap kali lps latihan beban,sy lakukan latihan cardio selama lbh kurang stgh jam.sblm cardio saya ada buat latihan kaki sikit2 dalam 3 set.adakah betul cara workout saya dan adakah jogging/berlari itu boleh membesarkan bahagian labu betis dan juga paha?terima kasih Dato..

  9. Sham alex says:

    Salam dato…saya da 1thn mncburi bodybuilder ni ,cuma saya x faham lagi pasal pmkanan dan diet utk jdi bodybuilder ni….bgaimana utk diet harian….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: