Kesilapan Perempuan Dec25

Kongsi

Kesilapan Perempuan

Sepanjang saya berada dalam fitness line ni, sering kali saya bertanya dengan perempuan pasal diet dan senaman meraka. Antara jawapan yang saya biasa dapat

1. ‘Saya nak turunkan berat’
Kebanyakan mereka yang datang gym akan cakap, saya nak turunkan berat, jarang dengar mereka datang dan cakap nak buang lemak. Persoalan di sini, adakah anda kurus jika berat anda ringan. Pernah tengok tak mereka yang gemuk tapi berat badan 55kg dan mereka yang kurus dengan berat badan yang sama? Untuk pengetahuan semua, otot dalam kuantiti yang sama dengan lemak memiliki berat 4 kali lebih berat daripada lemak

Adakah jika berat kita turun disebabkan latihan, lemak pun turun? tak semestinya. Mungkin disebabkan kehilangan air, atau kehilangan otot. Latihan bebanan akan menambah otot disamping membuang lemak. Jadi tak perlulah hari2 dok tengok penimbang dan kecewa disebabkan berat tak turun. Paling senang tengoklah badan di depan cermin, ada pengurangan tak? atau mungkin baju, seluar makin longgar. Kena la selalu keluar duit beli baju baru. Baju lama dah tak muat. :D. Cara paling tepat ialah dengan mengukur lemak, samada guna kaliper atau mungkin mesin. Jika tiada, boleh guna ukur lilit badan sebagai rujukan.

NASC 2015

2. ‘Saya tengah diet’
Memang bagus bila cakap tengah diet, tapi bila bertanya, macam mana diet? ‘saya tak makan’ ‘saya puasa’ ‘tak makan breakfast‘ ‘lepas pukul 6 tak makan’ ‘hari ini makan oat 6 sudu’ ‘saya tak makan nasi dah 3 bulan’. Tahukah anda, jika anda tak makan, atau skip meal, metabolisme badan akan menurun dan menyebabkan lagi sukar pembakaran untuk berlaku? Seeloknya makan sikit2 tapi banyak kali. Cukupkan keperluan kalori dalam sehari, sebagai contoh, mungkin anda perlukan 1500 kalori sehari, janganlah hanya makan 20 kalori sehari. Keperluan asas badan pun belum cukup. :D. Tido pun perlukan kalori. Tiada masalah makan malam. Makan malam tak menyebabkan kegemukan jika tak melebih jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari. Skip meal boleh menyebabkan kegemukan.

3. ‘Saya tak suka diet dan bersenam, ada tak pil untuk kurus?’
Cik Adik Oi, kat dunia ni, xde pil ajaib yang boleh bagi badan kurus dan sihat. Kenapa kita perlu bersenam? antara kebaikannya improve cardiovascular system. Banyak lagi kebaikan bersenam ni yang dah dibincangkan dalam topik sebelum ini. Jangan terpengaruh dengan mereka2 yang datang jumpa anda, dan kata ada produk2 untuk kurus. Kebanyakannya peniaga MLM, dengan ayat famous, ‘saya hanya ingin membantu’. 😀 😀

4. ‘Saya taknak angkat berat, takut muscle naik’
Untuk perempuan, tak perlu risau otot naik. Perempuan buat senaman macam mana pun takkan naik otot macam lelaki. Lelaki dan perempuan itu dicipta tuhan berlainan. Lelaki lebih hormon testosteron, perempuan lebih hormon estrogen. Perempuan ada hormon testosteron tetapi dalam jumlah yang sedikit. Testosteron membantu pembentukan otot. Di badan lelaki ada kilang untuk menghasilkan testosteron. Jadi perempuan tak perlu takut buat latihan bebanan malahan latihan bebanan bagus untuk perempuan dalam memberi shape, tone dan bentuk. Perempuan bodybuilder memakai hormon tambahan untuk menyokong pembesaran. (saya suka perempuan bodybuilder, :D)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini