Ketidakseimbangan Otot 2 Oct20

Kongsi

Ketidakseimbangan Otot 2

Kesinambungan daripada entri Ketidakseimbangan Otot.

Boleh dikatakan hampir kesemua kita hidup dengan ketidakseimbangan otot, cuma yang membezakan, kronik atau tidak. Apabila otot anda menjadi semakin tidak seimbang, akhirnya mungkin menyebabkan susun atur (alignment) badan tidak betul, memberi lebih tekanan pada satu atau lebih bahagian, menyebabkan otot koyak atau ligamen, sendi serta masalah di vertebra (tulang belakang).

Ketidakseimbangan otot mengambil masa untuk menyebabkan kesan symptomatic atau dalam bentuk postural dysfunction. Postural dysfunction ini boleh dilihatkan kebiasaanya di pelvis atau pinggul, kepala, leher, dan banyak sekali di tulang belakang.

Bila mula terjadi kesakitan, cara paling mudah diamalkan, adalah mengambil ubat tahan sakit. Sakit akan terasa lega sebentar dan kitar tersebut akan terus berulang. Sebagai contoh mudah, kes migrain. Kebanyakan kes migrain adalah disebabkan otot sternoclodomostoid yang memendek dan menarik leher kehadapan dan seterusnya menyebabkan rasa sakit. Migrain jenis ini boleh dibetulkan dengan membetulkan kembali otot sternoclodomostoid dan otot-otot sampingan lain yang terlibat.

Cuba bayangkan kereta, apabila alignment kereta telah lari. Jika tidak dibetulkan, lama kelamaan tayar akan rosak. Sepatutnya boleh guna untuk tempoh 5 tahun tetapi rosak dalam jangka masa 5 bulan. Begitu juga dengan badan manusia. Kita ambil contoh mudah, jika otot teras tidak seimbang, anda akan mengalami sekurang-kurang satu masalah postural dysfunction, kebanyakan mungkin lebih. Tulang pelvis akan lari daripada kedudukan asalnya dan menyebabkan kedudukan tulang belakang pun berubah. Seterusnya akan menyebabkan sakit pinggang sama ada sakit otot, herniated disc, spinal stenosis, SI joint syndrome, spondylolisthesis dan lain-lain. Banyak dalam senarai, sakit yang kemungkinan disebabkan satu masalah.

Kita ambil contoh daripada gambar di atas, menunjukkan seorang yang mendominasi bahagian kanan badan. Boleh dikatakan majoriti orang akan dominasi satu bahagian badan sahaja. Jika menulis tangan kanan, kebanyakan kerja akan dilakukan dengan tangan kanan. Bahagian yang kurang digunakan akan menjadi lemah dan seterusnya akan membawa kesan pada tulang belakang. Kesannya mungkin bukan dalam sehari dua, mungkin bertahun-tahun untuk rasa kesakitan itu. Kesakitan akumulatif.

Apa penyebab ketidakseimbangan otot?

– Mengamalkan postur badan yang tidak betul untuk jangka masa yang lama, mungkin sejak kecil
– Kerja atau aktiviti yang memerlukan 1 jenis pergerakan
– Kerja yang memerlukan kerja berulang seperti duduk di hadapan komputer, biasanya jadi penyebab kepada tennis elbow, migrain dan  masalah-masalah lain.
– Kurang senaman, terlebih senaman, senaman tidak betul
– Tekanan
– Kurang rehat yang berkualiti
– Kecederaan lampau yang tidak dibetulkan

Jadi apa caranya?

Bersenam dengan cara yang betul. Jika sudah ada masalah-masalah ini, betulkan dahulu punca masalah dengan berjumpa pakar seperti terapi, sport massage dan sebagainya. Kemudian baru kuatkan otot-otot yang perlu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube