Ketidakseimbangan Otot 2

Kesinambungan daripada entri Ketidakseimbangan Otot.

Boleh dikatakan hampir kesemua kita hidup dengan ketidakseimbangan otot, cuma yang membezakan, kronik atau tidak. Apabila otot anda menjadi semakin tidak seimbang, akhirnya mungkin menyebabkan susun atur (alignment) badan tidak betul, memberi lebih tekanan pada satu atau lebih bahagian, menyebabkan otot koyak atau ligamen, sendi serta masalah di vertebra (tulang belakang).

Kursus Kecergasan 2024Ketidakseimbangan otot mengambil masa untuk menyebabkan kesan symptomatic atau dalam bentuk postural dysfunction. Postural dysfunction ini boleh dilihatkan kebiasaanya di pelvis atau pinggul, kepala, leher, dan banyak sekali di tulang belakang.

Bila mula terjadi kesakitan, cara paling mudah diamalkan, adalah mengambil ubat tahan sakit. Sakit akan terasa lega sebentar dan kitar tersebut akan terus berulang. Sebagai contoh mudah, kes migrain. Kebanyakan kes migrain adalah disebabkan otot sternoclodomostoid yang memendek dan menarik leher kehadapan dan seterusnya menyebabkan rasa sakit. Migrain jenis ini boleh dibetulkan dengan membetulkan kembali otot sternoclodomostoid dan otot-otot sampingan lain yang terlibat.

Cuba bayangkan kereta, apabila alignment kereta telah lari. Jika tidak dibetulkan, lama kelamaan tayar akan rosak. Sepatutnya boleh guna untuk tempoh 5 tahun tetapi rosak dalam jangka masa 5 bulan. Begitu juga dengan badan manusia. Kita ambil contoh mudah, jika otot teras tidak seimbang, anda akan mengalami sekurang-kurang satu masalah postural dysfunction, kebanyakan mungkin lebih. Tulang pelvis akan lari daripada kedudukan asalnya dan menyebabkan kedudukan tulang belakang pun berubah. Seterusnya akan menyebabkan sakit pinggang sama ada sakit otot, herniated disc, spinal stenosis, SI joint syndrome, spondylolisthesis dan lain-lain. Banyak dalam senarai, sakit yang kemungkinan disebabkan satu masalah.

Kita ambil contoh daripada gambar di atas, menunjukkan seorang yang mendominasi bahagian kanan badan. Boleh dikatakan majoriti orang akan dominasi satu bahagian badan sahaja. Jika menulis tangan kanan, kebanyakan kerja akan dilakukan dengan tangan kanan. Bahagian yang kurang digunakan akan menjadi lemah dan seterusnya akan membawa kesan pada tulang belakang. Kesannya mungkin bukan dalam sehari dua, mungkin bertahun-tahun untuk rasa kesakitan itu. Kesakitan akumulatif.

Apa penyebab ketidakseimbangan otot?

– Mengamalkan postur badan yang tidak betul untuk jangka masa yang lama, mungkin sejak kecil
– Kerja atau aktiviti yang memerlukan 1 jenis pergerakan
– Kerja yang memerlukan kerja berulang seperti duduk di hadapan komputer, biasanya jadi penyebab kepada tennis elbow, migrain danย  masalah-masalah lain.
– Kurang senaman, terlebih senaman, senaman tidak betul
– Tekanan
– Kurang rehat yang berkualiti
– Kecederaan lampau yang tidak dibetulkan

Jadi apa caranya?

Bersenam dengan cara yang betul. Jika sudah ada masalah-masalah ini, betulkan dahulu punca masalah dengan berjumpa pakar seperti terapi, sport massage dan sebagainya. Kemudian baru kuatkan otot-otot yang perlu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

23 thoughts on “Ketidakseimbangan Otot 2

  1. itu mcm rupanya..ssh juga badan manusia ni…byk faktor yg kena d ambil berat..mcm mana dgn org yg selalu men badan jea n xpernah cuit kaki pn dato?? majoriti yg men gym ni mcm tu..part badan pakai singlet n buat badan giler2…tp part kaki pakai sluar pjg..xpernah cuit pn kaki…itu termasuk kategori ketidakseimbangan otot juga ke?? ape kesan nya pula kalau kategori mcm tu???

    1. kaki ni ibarat tiang pada mereka yg normal, jika tiang x kuat, akan menyebabkan masalah2 lain, mula daripada pinggang. masalah dari segi seks dan sebagainya. cantik atas sahaja utk apa? sama gak kes, yg suka train biceps je. part lain abaikan. nak tgn je besar. tgn bg dia bisep. ๐Ÿ˜€

  2. off topik sikit.nak tanya,adakah senaman mgunakan resistand band termasuk kategori senaman beban.tq

    1. ya, bebanannya adalah resistance pada kekuatan band tersebut. saya lebih suka gelar latihan rintangan, kalau guna dumbbell, rintangannya beban dgn tarikan graviti. band dah direka dgn kaler code utk bezakan kekuatan.

      1. .baru beli resistan band ni,semangat betul bsenam skrg.saya guna yg bwarna kelabu.dah biasa bersenam guna dumbell ni.asyik2 aerobik,bosan gak.kena tukar2 sikit rutin senaman.boleh tak saya berlatih dgn resistan band setiap hari dlm 15 minit?ada kesan ke pd otot2 badan?tq

        1. elok buat kelainan dan rubberband senang dibawa ke mana2, g bercuti ke, outstation. :). kesan ada, tp seperti biasa, bg perubahan. jika hanya buat benda sama berbulan2, xde gak hasil. buat aktiviti yg bertukar2. kalau mampu, beli beberapa rubber band yg berbeza kekuatan. ๐Ÿ™‚

          1. tq.maklumat yg sgt bguna

  3. disbbkn lbh dr 5 thn aktif brmain badminton tgn belah kanan lebih besar dr yg kiri. sejak awal tahun ni mula workout kat gym.
    sye lbh bnyk gunakn free weight. setiap workout mula dgn tgn kiri n tgn kanan follow kemampuan tgn kiri. dan ada masa sye lbhkn 3reps pd akhir set utk tgn kiri. sekarang tgn dah balance..
    tp bru2 ni perasan back juga xbalance dr segi ketebalan dan kelebaran. agak ketara jugak..
    deadlift, pullup, barbell row, pulldown, seated row (close n wide grip).
    kiri kanan jln serentak.
    mintak tunjuk ajar dato’

    1. jika nak target specific 1 area je utk back cam dumbbell row. yg lain akan jalan serentak. bahagian back lebih susah disamakan daripada tgn. rajinkan strengthing skali

  4. assalamualaikum dato.betol ke makan then tido bole gemok?kalau ye ape sebab?

    1. wkum, tidak semestinya. depend ngan individu. n makanan sehari ditentukan oleh jumlah kalori intake sehari. selepas mkn terus tido menyebabkan menghadaman menjadi perlahan

  5. salam dato. sy ade pertanyaan. tulang clavicle sy patah dan membuatkan jarak bahu sy tidak seimbang. (sebelah pendek). dlm kes ni, jarak tgn untuk bench press kena adjust jugak ke memandangkan jarak bahu sy yg berlainan. kepak badan jugak x seimbang. adakah disebabkan masalah sy ini?

    thnks in advance.

    1. ya. ia membawa kepada masalah2 lain. tp tidak sepatutnya menjadi beban. tulang clavicle biasanya dibiarkan sahaja pulih sendiri bila patah disebabkan tidak menjadi bahaya, kecuali kes2 tertentu

      1. ya dato. tulang yg patah tu mmg dibiarkan saja. sudah pulih lama. boleh kah sy meneruskan aktiviti gym dan bagaimana sy perlu adjust cara permainan sy disebabkan masalah bahu yg tidak seimbang?

          1. jika diperhatikan betol2. baru perasan yg bahu pendek sebelah.

          2. maknanya x terlalu serius, xde masalah utk teruskan training, xde apa2 limitation. cuma x boleh aspect proportion mcm mereka yg lain.

  6. salam abang zaki…off topic kejap…
    saya ingin bertanya…
    kalau saya campurkan protein dengan susu dibancuh sekali boleh tak???

  7. salam dato. bolehkah jika sy menyasarkan satu hari training utk menyasarkan muscle yg tidak seimbang. contohnya, shoulder kiri dan lat kiri kecil. jadi sy training satu hari utk muscle ini sahaja. hari training lain masih mcm biasa. cume extra training untuk kedua part ini. adakah cara ini bole dipraktikkan?

  8. Khairolmh says:

    As salam datok…..saya ada masalah kekuatan tangan sebelah kanan menjadi lemah….terutama jika buat senaman menolak…seperti bench press…sebelum ni ok je…apa yang perlu saya lakukan?

    1. ada apa2 pergerakan yg limited? ada injury? mungkin tersilap tidur dan sebagainya?

Leave a Reply to pillow Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: