Ketidakseimbangan Otot Jun17

Kongsi

Ketidakseimbangan Otot

Pernahkan anda lihat atau anda sendiri begitu, jalan mengepak seolah-olah kepak terlalu besar padahal tak sebesar mana pun. Keadaan ini terjadi sebenarnya disebabkan terlalu banyak buat bench press atau terlalu banyak berlatih otot bahagian dada dan kurang buat rowing, pull-up dan senaman bahagian belakang yang lain. Atau pun mungkin kedua-dua bahagian seminggu sekali tetapi bench press 200 kg, rowing 100 kg. Nampak perbezaannya?

Kursus Kecergasan 2017

Itu antara contoh ketidakseimbangan otot. Adakah ketidakseimbangan otot ini bagus? Sudah tentu tidak. Keadaan ini akan menjadi penyebab kecederaan yang mana mungkin bagi sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk rasa kesakitannya manakala ada yang rasa serta merta. Kebiasaanya dalam kes tadi melibatkan bahagian pinggang manakala banyak kes lain yang mungkin melibatkan bahagian lain. Kenapa pemain bola sepak selalu koyak bahagian hamstring?

Bagaimana Ini Berlaku?

Otot bertentangan atau sekumpulan otot sepatutnya bekerja bersama. Otot tersebut sepatutnya seimbang dari segi kekuatan, kelenturan, di mana postur mana sepatutnya betul untuk mengelak kecederaan. Contoh otot yang saling bekerjasama:

1. Biceps dan triceps yang membantu satu sama lain untuk membengkok dan meluruskan siku.
2. Bahu dan lattisimus dorsi mengangkat da menurunkan tangan.
3. Perut dan erector spinae (pinggang) membengkokkan pinggang ke depan dan belakang.
4. Quadricep dan hamstring membengkokkan dan meluruskan lutut.
5. Hip abductors dan adductors menggerakkan kaki mendekatkan badan dan menjauhkan badan.

Siapa Dalam Risiko

1. Tidak semestinya seorang atlet atau mereka yang bersenaman sahaja yang kena tetapi mereka yang bekerja di pejabat, duduk dalam 1 posisi sepanjang hari, atau mereka yang mendukung anak untuk 1 tempoh yang agak lama juga cenderung untuk membentuk ketidakseimbangan otot.
2. Sukan yang menggunakan sebelah tangan seperti badminton, tennis, dan sebagainya yang hanya melatih sebelah tangan dalam membuat pukulan akan menyebabkan tangan dominasinya sahaja menjadi kuat.
3. Posisi tidur yang salah, mungkin bantal terlalu tinggi dan kes-kes lain.
4. Teknik latihan yang tidak betul.

Penyelesaian

Cara paling mudah, latih otot yang bertentangan dan seimbangkan. Jika bench press mencecah 200 kg, pastikan rowing juga 200 kg, jika sit-up 1000 kali, pastikan back extention juga 1000 kali. jika biceps curl 50kg, pastikan triceps extention juga 50kg. Cuma ada 1 sahaja yang berbeza. Quadriceps dan hamstring. Mereka perlu dilatih dalam nisbah 3:2. Jika leg press 150 kg, maka leg curl 100 kg. Tetapi kebanyakan pemain bola buat leg press 600 kg dan leg curl 100 kg. Keadaan ini menyebabkan otot quadriceps terlalu kuat jika dibandingkan dengan hamstring yang mana dalam kebanyakan kes akan menyebabkan otot hamstring koyak. Jarang kita dengar kes otot quadricep koyak. Betul tak?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube